BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 1-0 Imigresen | 

Terdapat 1271 berita berdasarkan kata kunci carian " perladangan"

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat, Jejak Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan mencatat peningkatan kecil hari ini, sekali gus meneruskan aliran kenaikan bagi sesi ketiga berturut-turut dan menjejaki Wall Street yang dipacu oleh harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.

Bursa Malaysia Meningkat, Belian Pada Saat Akhir Imbangi Pengambilan Untung

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian pada saat-saat akhir dalam CelcomDigi, yang mengimbangi penyusutan terdahulu berikutan pelarasan tanpa dividen dalam Maxis dan MISC serta aktiviti pengambilan untung dalam Tenaga Nasional dan CIMB.

209,033 Pekebun Kecil Persendirian Di Seluruh Negara Peroleh MSPO

KOTA KINABALU, 9 Sept (Bernama) -- Sebanyak 209,033 pekebun kecil persendirian di seluruh negara melibatkan 747,012 hektar tanaman sawit memperoleh Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) sehingga 31 Ogos lepas.

Dagangan Saham Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Saham-saham di Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada tengah hari ini dengan indeks petunjuk utama susut 0.11 peratus, namun pasaran secara meluas kekal dalam wilayah positif.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, meneruskan momentum peningkatan disebabkan pembelian institusi tempatan dan aktiviti pengumpulan saham, kata seorang peniaga.

Belian Saham Modal Besar, Prestasi Serantau Pacu Bursa Naik 0.47 Peratus

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan meningkat sebanyak 0.47 peratus ketika pelabur menumpukan minat ke atas saham-saham syarikat bermodal besar selain seiring prestasi pasaran serantau.

FBM KLCI Kukuh Pada Tengah Hari, Pasaran Menyeluruh Kekal Positif

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat 0.54 peratus pada  tengah hari manakala pasaran secara keseluruhan turut kekal dalam wilayah positif apabila pelabur menjejaki prestasi bursa serantau selepas minggu yang perlahan, dengan menumpukan kepada kaunter terpilih.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan kenaikan pasaran serantau pada Jumaat lepas.

AIM Komited Sediakan Kemudahan Kewangan Patuh Syariah

TANAH MERAH, 7 Sept (Bernama) -- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) komited untuk memperluaskan  perkhidmatan Ikhtiar Ar-Rahnu di seluruh negara bagi menyediakan kemudahan kewangan mikro patuh syariah yang dilindungi takaful.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Sept  (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal diniagakan dalam jajaran kecil  dengan kecenderungan menaik sedikit pada minggu depan ketika para pelabur menunggu pemangkin baharu untuk menentukan hala tuju pasaran.

Minyak Sawit: Malaysia Berada Di Landasan Diklasifikasikan Negara Risiko Rendah - Johari

KUALA LANGAT, 5 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan untuk diklasifikasikan sebagai negara berisiko rendah dalam pengeluaran minyak sawit, disokong terutamanya oleh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini menjelang cuti hujung minggu yang panjang dan cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul esok.