Terdapat 880 berita berdasarkan kata kunci carian " rizab persekutuan"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah negatif pada tengah hari, seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau yang dipengaruhi oleh tekanan jualan saham wajaran tinggi terpilih.

Ringgit Dibuka Mendatar Didorong Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Khamis berikutan pelabur berhati-hati selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini walaupun terdapat spekulasi yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah AS.

Niaga Hadapan Emas Pulih Semula Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Fed AS

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih semula untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu.

FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Empat Bulan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan selama tujuh sesi berturut-turut dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mencerminkan kenaikan semalaman Wall Street selepas angka indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, atas faktor ini ia mungkin akan menurunkan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS bulan depan.

Ringgit Terus Catat Kenaikan Menjelang Data IHP AS Dikeluarkan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentum meningkatnya berbanding dolar AS dan mata wang utama lain dalam peniaga dan pelabur menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan malam ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Lanjutan Gencatan Tarif AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutup tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan gencatan tarif selama 90 hari dengan China sehingga 10 Nov.

Bursa Malaysia Kekal Dengan Prestasi Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa tengah hari pada Selasa, disokong oleh laporan mengenai lanjutan tempoh gencatan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China sehingga 10 November, sekali gus menambah baik sentimen pasaran.

Pelanggan Public Gold Cecah 2.3 Juta Pada Akhir 2025, Mahu Tembusi Pasaran Indonesia, Thailand, UAE

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid and Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Permintaan ke atas emas yang kukuh dijangka meningkatkan asas pelanggan Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) kepada 2.3 juta menjelang akhir tahun ini daripada 2.2 juta pada ketika ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Walaupun Prestasi Wall Street Lemah

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih positif meskipun prestasi semalaman Wall Street lemah, menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) akhir minggu ini yang dijangka ramai bakal menentukan pendirian Rizab Persekutuan (Fed) untuk menurunkan kadar faedah negara maju itu.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada sesi awal hari ini, menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 pada Jumaat ini, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Kukuh, Ditutup Lepasi Paras Rintangan 1,560

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh bagi hari kelima berturut-turut pada Isnin, melepasi paras rintangan 1,560, disokong oleh minat baharu pelabur terhadap pusat data serta petunjuk positif daripada rundingan perdagangan geopolitik.