BERITA TERKINI   Mohamed Usuf pangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur berkuatkuasa hari ini - Bukit Aman | Enproserve mula disenaraikan di Pasaran ACE pada 26 sen, naik dua sen berbanding harga IPO sebanyak 24 sen, dengan 5.31 juta saham diniagakan | 

Terdapat 471 berita berdasarkan kata kunci carian " unjuran"

Pharmaniaga Catat Keuntungan Bersih RM101.03 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM101.03 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 daripada kerugian bersih RM49.34 juta dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Suku Pertama IOI Properties Susut Kepada RM69.17 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd susut kepada RM69.17 juta menjelang suku pertama berakhir 30 Sept 2024 daripada RM174.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

PETRA Sedia Teroka Teknologi Baharu Untuk Penjanaan Elektrik

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terbuka untuk meneroka penggunaan teknologi baharu bagi penjanaan elektrik sebagai usaha mencapai aspirasi pelepasan karbon sifar bersih seawal tahun 2050.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Catat Dagangan Kecil Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus menyaksikan dagangan kecil dengan kecenderungan meningkat pada minggu depan.

Ringgit Ditutup Rendah Selepas Kenaikan Selama Tiga Hari

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Tenaga Nasional dalam persekitaran prestasi yang kebanyakannya optimis di bursa saham serantau.

Harga Minyak Diunjur Dalam Julat Antara US$65 Dan US$75 Setong Pada 2025

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Harga minyak diunjurkan berada dalam julat antara US$65 dan US$75 (US$1=RM4.46) setong pada 2025, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings).

BMI Unjur Harga Purata Minyak Sawit RM3,900 Setan Pada 2025

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan harga purata minyak sawit pada RM3,900 setan untuk 2025, turun daripada anggaran RM4,050 setan pada 2024.

Johor Bentang Belanjawan 2025 Dengan Lebihan RM5.12 Juta

ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

Aktiviti Belian Sokong Prestasi Perdagangan Malaysia Pada Suku Keempat 2024

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Aktiviti belian dan kenaikan dalam industri teknologi global dijangka akan menyokong prestasi dagangan Malaysia pada suku keempat 2024 (S4 2024), kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Dasar Ekonomi Trump Boleh Tambah RM19.7 Bilion Kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

BMI Tingkat Unjuran KDNK Malaysia Kepada 4.7 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, meningkatkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.7 peratus daripada 4.6 peratus sebelumnya, selaras dengan piawaian sebelum pandemik.