Terdapat 755 berita berdasarkan kata kunci carian "geopolitik"

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mencerminkan prestasi kadar asas pasaran tunai berikutan ketidaktentuan pasaran global yang berterusan.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menunjukkan aliran menaik minggu hadapan, dengan potensi kenaikan dianggarkan dalam julat 2.5 hingga 3.0 peratus, menurut seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka berada antara 1,500 dan 1,530 minggu depan berikutan pasaran kekal berada di bawah tekanan dalam kebimbangan mengenai surat tarif unilateral yang dicadangkan oleh Washington dan ketegangan yang meningkat selepas serangan Israel ke atas Iran.

Niaga Hadapan Emas Melonjak Berikutan Ketegangan Geopolitik

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat berikutan kebimbangan geopolitik yang kembali memuncak disebabkan serangan udara Israel ke atas kemudahan nuklear Iran.

Harga Minyak Naik Berikutan Konflik Israel-Iran, Lonjak Saham-Saham Tenaga Bursa Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Serangan tentera Israel ke atas Iran awal hari ini telah menyebabkan harga minyak meningkat dengan ketara, sekali gus melonjakkan Indeks Tenaga Bursa Malaysia sebanyak 2.01 peratus kepada 740.76 mata berbanding 726.13 mata ketika ditutup semalam.

Ringgit Ditutup Rendah, Tekanan Geopolitik Lonjak Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit turun untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di hari dagangan terakhir minggu ini pada Jumaat berikutan peningkatan kebimbangan geopolitik memacu permintaan terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akibat Ketegangan Geopolitik, Ketidaktentuan Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan tekanan jualan besar-besaran dalam sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan logistik.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.

Untung Bersih Bermaz Auto Susut Kepada RM155.9 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd (BAuto) susut lebih separuh kepada RM155.90 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2025 daripada RM345.58 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Pelaburan Diluluskan Malaysia Pada Suku Pertama 2025 Bukti Ketahanan Ekonomi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada suku pertama 2025 membuktikan ketahanan ekonomi serta daya tarikan berterusan negara sebagai destinasi pelaburan walaupun terdapat ketidaktentuan global yang berterusan, kata para penganalisis ekonomi.

Malaysia Catat Pelaburan Diluluskan Sebanyak RM89.8 Bilion Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM89.8 bilion bagi suku pertama 2025, peningkatan 3.7 peratus tahun ke tahun meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Fitch Ratings Semak Unjuran Kedaulatan Global 2025

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Fitch Ratings menyemak unjuran kedaulatan global 2025 kepada “merosot” daripada “neutral” bagi mencerminkan peningkatan tarif perdagangan dan ketidaktentuan dasar.