BERITA TERKINI   (TIDAK RASMI) BN menang di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag - Setiausaha Agung UMNO | (TIDAK RASMI) BN kekal di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag - Ketua Pemuda UMNO | Piala Malaysia: JDT 1-0 PDRM | (TIDAK RASMI) BN mendahului PRK DUN Lamag dengan majoriti 2,093 undi - Setiausaha Agung UMNO | (TIDAK RASMI) BN mendahului PRK Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 9,723 - Setiausaha Agung UMNO | 

Terdapat 1244 berita berdasarkan kata kunci carian "pembinaan"

RMK13: Pembuatan Bernilai Tinggi Penting Untuk Kekalkan Kedudukan Malaysia Sebagai Pengeksport Sarung Tangan Teratas - MARGMA

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kepimpinan global Malaysia dalam eksport sarung tangan getah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bergantung pada penekanan yang berterusan terhadap pembaharuan pembuatan, pendigitalan, kemampanan dan pasaran buruh bernilai tinggi.

Khazanah Masih Berperanan Penting Dalam Ekosistem Modal Teroka Negara

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) --  Khazanah Nasional Bhd masih mempunyai peranan penting dalam ekosistem modal teroka negara terutamanya dalam menggalakkan keusahawanan dan memacu enjin pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Lepasi Paras 1,600, Seiring Prestasi Bursa Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari dagangan ketiga berturut-turut hari ini melepasi paras psikologi 1,600, didorong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street pada Jumaat minggu lepas.

Kementerian Ekonomi Sedang Teliti 27 Cadangan Projek Bernilai RM880.57 Juta Di Rasah Di Bawah RMK13

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang meneliti untuk memuktamadkan sebanyak 27 cadangan projek pembangunan baharu bernilai RM880.57 juta bagi Parlimen Rasah, Negeri Sembilan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

RAM Ratings Tingkat Penarafan Program Sukuk Solarvest Kepada AA3 Dengan Unjuran Stabil

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menerima kenaikan penarafan daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) bagi penarafan jangka panjang program nota jangka sederhana Islam/nota komersial Islam bernilai RM1 bilion (2023/2053) iaitu daripada A1 kepada AA3.

MBSB, DayOne Umum Kerjasama Strategik Pacu Ekonomi Digital Johor

JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) dan DayOne Data Centres hari ini memeterai kerjasama strategik untuk membantu memacu pembangunan infrastruktur digital serta transformasi ekonomi Johor selaras dengan agenda Johor Maju 2030.

BYD Akan Buka Kilang Di Tanjong Malim, Pengeluaran Pertama Dijangka 2026 - Exco

TANJONG MALIM, 22 Ogos (Bernama) -- Tanjong Malim terus berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab automatif unggul apabila konglomerat multinasional BYD akan membuka kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di bandar itu dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Lima Bulan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum menaiknya untuk mengakhiri minggu dagangan lebih tinggi, selepas melepasi paras utama 1,600 pada sesi awal, kata seorang peniaga.

Keuntungan Bersih YTL Corp Turun Kepada RM1.88 Bilion Untuk Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- YTL Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM1.88 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM2.14 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Kekalkan Trend Meningkat

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat untuk ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata peniaga.

Maxis Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Berjumlah RM398 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM398 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025, meningkat 11.8 peratus daripada RM356 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Dialog Group Turun Kepada RM303.83 Juta Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 merosot kepada RM303.83 juta berbanding RM575.03 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2024.