1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan pengurangan kadar faedah di peringkat global semakin memperoleh momentum dan Rizab Persekutuan AS dilihat teragak-agak untuk mengikuti trend itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) --Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka memenuhi unjuran trafik penumpang iaitu antara 95.4 juta dan 97.6 juta penumpang tahun ini disokong oleh pemulihan kukuh sektor penerbangan Malaysia yang berterusan dalam tempoh enam bulan pertama 2024.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan prestasi lemah yang dialami pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global dalam tempoh semalaman dengan penjualan besar-besaran saham teknologi, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil melebihi RM4,000 satu tan metrik pada Oktober walaupun dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran yang berlanjutan, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur di tengah-tengah petunjuk yang agak lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit menokok sedikit berbanding dolar AS pada Rabu berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat selepas calon pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan hasrat menaikkan tarif import untuk melindungi dan meningkatkan ekonomi AS.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Dalam usaha melestarikan industri sawit tempatan, pekebun kecil di negara ini telah menerima impak positif selain turut menerima cabaran daripada pengenalan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Adzmi Hassan.
1tahun ago
SEPANG, 15 Okt (Bernama) -- AirAsia menegaskan komitmennya untuk memacu kesalinghubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global sebagaimana Dubai diiktiraf untuk perjalanan dan perdagangan udara antarabangsa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi untuk hari kedua berturut-turut hari ini, menjejaki momentum menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kisah keazaman, ketabahan dan impian yang direalisasikan melatari perniagaan dalam talian yang diusahakan Muhammad Afiq Mohamad Arshad dan Faizah Milin, pengasas A&F Berkat Borneo, kata Shopee.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melancarkan Kad Skor Maqasid Syariah (MSS), satu inisiatif perubahan yang bertujuan menilai impak dan kemampanan industri.