6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka berlegar antara RM4.22 dan RM4.24 minggu depan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan Rizab Persekutuan AS (fed) dijangka mengekalkan kadar dasarnya, kata penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Citadel Trustee Bhd dan Chester Group bersedia untuk memperkenalkan platform pengurusan hartanah perintis bertujuan memberikan pertumbuhan yang mantap, pemeliharaan modal serta perancangan kekayaan pelbagai generasi melalui kerjasama strategik yang ditandatangani hari ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah selepas kenaikan dalam dua sesi berturut-turut ketika pelabur bertindak mengambil untung selain berpendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah rundingan berterusan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) bagi mencapai kadar tarif 20 peratus.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat selepas mencatatkan kenaikan selama dua sesi berturut-turut, sejajar dengan prestasi pasaran global yang tidak menentu
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pelan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 dilihat sebagai langkah positif untuk mengurangkan kos sara hidup dan menyokong penggunaan swasta dalam ketidaktentuan ekonomi global, menurut bank pelaburan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan global dengan penambahan lima perkhidmatan udara antarabangsa baharu pada Jun 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal yang diumumkan kerajaan semalam dilihat sebagai langkah positif untuk menangani isu yang menjadi kebimbangan rakyat iaitu kenaikan kos sara hidup.
6bulan ago
JOHOR BAHRU, 22 Julai (Bernama) -- Permintaan New Zealand agar Malaysia meningkatkan eksport nanas ke negara itu membuktikan pengiktirafan kualiti, keselamatan dan daya saing hasil buah berkenaan, khususnya varieti premium MD2 yang kian mendapat tempat dalam kalangan pengguna.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Cadangan tarif sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) boleh dikurangkan kepada 11 peratus hingga 15 peratus sekiranya perjanjian perdagangan boleh dicapai antara kedua-dua negara, kata CGS International.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Isnin, dengan indeks utama susut 0.08 peratus, mencerminkan sentimen pasaran yang berhati-hati di tengah-tengah perkembangan domestik yang bercampur-campur.
6bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan kecenderungan meningkat minggu hadapan, didorong minat belian baharu yang dilihat sejak dua sesi dagangan lepas, kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Khamis berikutan ketidaktentuan yang berterusan berkaitan dasar tarif AS.