7bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih di pasaran Asia bagi minggu ketiga berturut-turut, mencatatkan aliran keluar RM6.21 bilion atau US$1.47 bilion, lebih tinggi daripada aliran keluar pada minggu sebelumnya berjumlah US$170.8 juta (US$1 = RM4.23).
7bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pasaran emas melemah sedikit susulan perbualan telefon yang memberangsangkan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping, kata seorang penganalisis.
7bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu dagangan ini dengan ditutup sedikit rendah, menjejaki prestasi negatif yang dapat disaksikan di pasaran serantau, terutamanya dalam kalangan pasaran baru muncul, menurut seorang penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sekali lagi menegaskan bahawa syarikat itu tidak akan keluar dari Kanada.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia semakin diiktiraf sebagai benefisiari utama dalam transformasi hartanah global selepas banyak syarikat multinasional berusaha menyelaraskan portfolio hartanah mereka dengan daya tahan operasi, kemampanan dan ruang kerja yang disediakan untuk masa hadapan.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah disebabkan oleh kelemahan dalam petunjuk daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan data ekonomi China yang agak lembap, kata seorang peniaga.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berterusan memberi risiko paling ketara kepada prospek industri penerbangan, kata Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Willie Walsh.
7bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 2 Jun (Bernama) --Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempercepatkan usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi gas asli cecair (LNG) jangka panjang yang boleh dipercayai kepada China dengan mengembangkan pembangunan gas domestik dan portfolio pengeluaran globalnya bertujuan untuk memastikan bekalan tenaga yang konsisten dan mampan untuk salah satu pengimport LNG terbesar di dunia.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak dapat mengekalkan kenaikan awal selain mengakhiri minggu ini dengan prestasi yang lemah apabila tekanan jualan berterusan dalam saham berwajaran tinggi serta saham permodalan sederhana, di tengah-tengah sentimen serantau yang suram.
7bulan ago
KLANG, 29 Mei (Bernama) -- Perniagaan digesa menerapkan strategi berdaya tahan, tangkas dan kebolehsuaian dalam operasi mereka bagi mendepani cabaran gangguan rantaian bekalan global memandangkan ketegangan geopolitik semakin menjadi perkara biasa dalam ekonomi global hari ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd menyusut kepada RM514 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM768 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelum itu.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menyokong pendekatan kerajaan yang menyeluruh dalam mencapai potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM13 bilion di Ekspo 2025 Osaka, Kansai, Jepun.