4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia kepada sederhana kira-kira 2.0 peratus tahun ini berbanding 3.7 peratus tahun lepas.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh kemerosotan harga minyak berikutan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kata peniaga.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) kekal berhati-hati terhadap prospek sektor pembuatan Malaysia di sebalik ketidaktentuan perdagangan global dan tarif yang berterusan.
4bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan yang kritikal bagi melengkapkan tenaga kerja di Malaysia dengan kemahiran bagi industri pertumbuhan tinggi seperti semikonduktor, tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik, kata seorang pakar ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jumlah kawasan penanaman sawit dijangka berkeluasan 5.64 juta hektar tahun ini, meningkat sedikit daripada 5.61 juta hektar pada 2024, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kewangan Islam perlu terus memainkan peranan utama dalam memacu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) selain membentuk generasi pemimpin masa depan yang beretika.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih rendah dijangka menyokong kemampuan pemilikan rumah melalui pengurangan kos bayaran balik hutang, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- ASEAN menawarkan peluang yang luas untuk pelaburan berimpak tinggi berikutan peneraju dalam sektor perniagaan dan kerajaan cenderung ke arah integrasi serantau yang lebih baik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia berkedudukan baik untuk menghadapi ketegangan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap, dipacu oleh pasaran buruh yang teguh dan kestabilan kewangan isi rumah, menurut S&P Global Ratings.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia dijangka memperoleh pelaburan melebihi RM169.2 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan pusat data menjelang 2030, menurut penyelidikan baharu daripada rakan penyelesaian bakat global, Robert Walters.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit diunjurkan mengukuh kepada 4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, disokong oleh kestabilan makroekonomi Malaysia, pembaharuan yang sedang dilaksanakan serta peralihan pelabur daripada aset AS, menurut Kenanga Investment Bank (IB) Bhd.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Fitch Ratings menyemak naik unjuran pertumbuhan global bagi 2025 kepada 2.4 peratus daripada 2.2 peratus sebelum ini susulan data suku kedua lebih kukuh berbanding jangkaan awal.