10bulan ago
KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Seorang usahawan wanita memanfaatkan sumber tumbuhan seperti daun dan bunga untuk menghasilkan motif pada permukaan fabrik, sekali gus diolah menjadi produk kraf dengan menggunakan teknik cetakan kreatif (eco print).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pusat Latihan dan Penilaian Berasaskan Kompetensi (CBTA) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) memberi akreditasi dan kelulusan kepada cabang latihan Malaysia Aviation Group (MAG), MAB Academy untuk memperakui kursus Peraturan Barangan Berbahaya (DGR).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Derivatives Bhd mencatat satu lagi pencapaian baharu tahun lepas dengan 18.95 juta kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) diniagakan, meningkat 17 peratus berbanding rekod sebelumnya sebanyak 16.21 juta kontrak pada 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- My E.G. Services Bhd (MYEG) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM697.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM487.65 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Acara Ekspo Teknologi Malaysia ke-24 (MTE 2025) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 20-22 Feb, 2025, menjadi platform bagi kalangan usahawan dan pelabur menyelami pelbagai inovasi teknologi terkini yang mampu memberi manfaat kelebihan daya saing kepada mereka.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bahrain mencecah RM1.19 bilion (US$260 juta) pada 2024, berbanding RM1.5 bilion (US$330 juta) pada 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- SME Venture@ASEAN 2025 dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung dan 300 pempamer tempatan serta antarabangsa, terutamanya dari negara anggota ASEAN dan rakan dagangan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Hubungan Malaysia dan ASEAN dengan China perlu terus dibina berlandaskan hormat dan kepercayaan bersama, terutama dalam memacu industri bernilai tinggi, memupuk inovasi serta merangsang pembangunan mampan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak memperakui aspirasi Sarawak yang berhasrat menceburi kegiatan industri minyak di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global merupakan keutamaan bersama yang perlu ditekankan oleh ASEAN, kata Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) bercadang untuk memperoleh semua saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) daripada pemegang saham yang tidak bersetuju, pada harga RM11 sesaham.