Terdapat 1070 berita berdasarkan kata kunci carian "pembuatan"

Malaysia Pertimbang Penggunaan Tenaga Nuklear Selepas 2030 - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Malaysia sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada campuran tenaga jangka panjangnya, bagaimanapun keputusan muktamad mengenainya hanya akan dibuat selepas 2030, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pembaharuan Struktur Terus Sokong Daya Tahan Malaysia - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Pembaharuan struktur terus menyokong daya tahan Malaysia, memperkukuh disiplin fiskal, menarik pelaburan berkualiti tinggi dan meluaskan peluang ekonomi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Malaysia Tegas Pertahan Beberapa Dasar Negara Dalam Rundingan Tarif Dengan AS - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) --  Malaysia merupakan antara negara yang tegas mempertahankan beberapa peruntukan yang bertepatan dengan dasar negara dalam rundingan tarif perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan PMKS Disasar RM1 Trilion Kepada KDNK Menjelang 2030 -- SME Corp

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Sumbangan daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disasar mencecah RM1 trilion menjelang 2030, kata Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp) Rizal Nainy.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Serantau Yang Bercampur-campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, diheret turun oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Pulau Pinang Lancar GBS By The Sea Bernilai RM296 Juta Di Technoplex Bayan Lepas

GEORGE TOWN, 2 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang terus memperkukuh status sebagai hab perniagaan dan teknologi global melalui pelancaran GBS By The Sea, pembangunan mercu tanda bernilai RM296 juta di Technoplex Bayan Lepas.

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Tinggi Minggu Depan Susulan Tarif AS Turun, Perbahasan RMK13

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dipacu peningkatan sentimen pelabur berikutan penurunan tarif Amerika Syarikat (AS) dan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula 4 Ogos ini pada persidangan Parlimen.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Hadapan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah dijangka didagangkan dalam jajaran kecil tetapi dengan kecenderungan menurun pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low. 

Pengurangan Tarif AS Cetuskan Kesan Limpahan Positif Merentas Sektor-sektor Utama - Nga

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Hasil perdagangan yang progresif seperti keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia akan memberi kesan limpahan ekonomi yang meluas merentas pelbagai sektor termasuk pembinaan dan pembuatan.

Pengurangan Tarif AS Kejayaan Strategik Malaysia, Pacu Daya Saing PKS - SAMENTA

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) kepada 19 peratus yang dikenakan ke atas import Malaysia, walaupun tidak setinggi yang diharapkan, masih memberi kelegaan berikutan tekanan kenaikan kos yang dihadapi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khususnya yang terlibat dalam sektor pembuatan, perabot, tekstil dan eksport makanan.

Sektor Pembuatan Malaysia Papar Petunjuk Stabil Pada Julai -- S&P Global

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia menunjukkan tanda-tanda stabil pada Julai dengan kadar penyederhanaan mereda ketika persekitaran permintaan pulih secara beransur-ansur, kata S&P Global.

UMS Integration Dibuka Pada RM5.15 Pada Penampilan Sulung Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Saham UMS Integration Ltd dibuka tinggi pada penampilan sulungnya di Pasaran Utama hari ini, sekali gus menjadikannya syarikat pertama yang disenaraikan di Singapore Exchange (SGX) memperoleh penyenaraian sekunder di Bursa Malaysia.