5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kilang pintar Agilent Technologies Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang diiktiraf sebagai peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan McKinsey & Company.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 13 Ogos (Bernama) -- Johor muncul sebagai peneraju pelaburan pusat data negara dengan 42 projek bernilai RM164.45 bilion diluluskan setakat suku kedua 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 dijangka menarik lebih 45,000 pelawat perdagangan dan akan menampilkan 2,300 reruai yang mewakili 45 negara.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Bangladesh mahu meneroka lebih banyak pelaburan dari Malaysia untuk mengukuhkan ekonominya dan membina masa depan yang mampan serta ekonomi berpertumbuhan tinggi, kata Ketua Penasihat Bangladesh Dr Muhammad Yunus.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa tengah hari pada Selasa, disokong oleh laporan mengenai lanjutan tempoh gencatan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China sehingga 10 November, sekali gus menambah baik sentimen pasaran.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kerajaan komited untuk mewujudkan Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data 2026–2030 serta menubuhkan Suruhanjaya Data bebas bagi melindungi transformasi digital menerusi ekosistem kebangsaan yang komprehensif.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh bagi hari kelima berturut-turut pada Isnin, melepasi paras rintangan 1,560, disokong oleh minat baharu pelabur terhadap pusat data serta petunjuk positif daripada rundingan perdagangan geopolitik.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Malaysia berjaya menarik pelaburan diluluskan berjumlah RM3.29 bilion bagi sektor kecerdasan buatan (AI) di bawah inisiatif Malaysia Digital bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini yang berpotensi mewujudkan kira-kira 6,920 peluang pekerjaan.
6bulan ago
KUANTAN, 16 Julai (Bernama) -- Pahang mencatatkan jumlah pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur dengan nilai keseluruhan mencecah RM4 bilion setakat Jun 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Semua komitmen pembelian dan pelaburan yang ditawarkan oleh Malaysia dalam rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) adalah urusan komersial oleh syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tanpa melibatkan sebarang dana awam mahupun menambah beban fiskal atau hutang negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pemaju perumahan, Danau Lumayan Sdn Bhd menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya projek perumahan berskala besar mematuhi konsep MADANI dengan menyediakan infrastruktur pendidikan.