Terdapat 1087 berita berdasarkan kata kunci carian " ketidaktentuan"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi pada Jumaat susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan berikutan penjualan besar-besaran pada awal minggu ini, kata seorang penganalisis.

KDNK Suku Kedua Malaysia Dianggarkan Berkembang 4.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025 berdasarkan anggaran awal, mengatasi peningkatan sebanyak 4.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Khamis berikutan ketidaktentuan yang berterusan berkaitan dasar tarif AS.

Sektor Hartanah Malaysia Tumbuh Kukuh Pada Separuh Pertama 2025 – Knight Frank

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia mencatat pertumbuhan lebih kukuh dalam separuh kedua 2025, disokong oleh pelaburan membabitkan pusat data memberangsangkan, pembangunan infrastruktur dan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Knight Frank Malaysia.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.

Ringgit, Ekuiti Asia Bakal Raih Manfaat Susulan Jangkaan Dolar AS Terus Lemah - Stanchart

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dijangka terus menyuntik manfaat ke atas ringgit serta ekuiti Asia di masa depan selain unjuran keadaan lebih goyah dalam separuh kedua 2025, kata Standard Chartered Bank.

Kecelaruan Dasar, Tarif Dan Geopolitik Berisiko Rencat Pertumbuhan Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Dasar perdagangan tidak menentu, pasaran kewangan yang rapuh dan konflik geopolitik yang berlarutan berisiko merencatkan pertumbuhan ekonomi global, demikian menurut Moody's Analytics.

Penurunan OPR Lonjak Keyakinan Pembeli - PropertyGuru

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini boleh mewujudkan persekitaran pinjaman yang lebih menggalakkan dan mengukuhkan keyakinan pembeli hartanah, menurut Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia, Kenneth Soh.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan meningkat sedikit, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street susulan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan ASEAN

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar AS, disokong oleh data ekonomi China yang lebih baik bagi Jun, kata penganalisis.

Ringgit Melemah Berbanding Dolar AS Berikutan Sentimen Waspada Dalam Pasaran

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, menjejaki prestasi mata wang serantau apabila sentimen pasaran sangat berwaspada dalam situasi pasaran pertukaran asing yang sedang mengharungi ketidaktentuan ekonomi.

Pengurangan OPR Boleh Tangani Isu Nisbah Khidmat Hutang Isi Rumah - GX Bank

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada 2.75 peratus daripada 3.0 peratus berpotensi mengurangkan nisbah khidmat hutang isi rumah sekali gus memberikan kelegaan dari segi pendapatan boleh guna, menurut GX Bank Bhd.