BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan, Lamag: 93 peratus pengundi awal laksana tanggungjawab - SPR | PRK Kinabatangan, Lamag: pusat pengundian awal ditutup pada 5 petang ini - SPR | Terbitan bon korporat Malaysia diunjurkan sebanyak RM130 bilion–RM140 bilion pada 2026, melebihi purata sejarah RM122 bilion -- RAM Ratings | PRK Kinabatangan: Sebanyak 89.42 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | 

Terdapat 507 berita berdasarkan kata kunci carian " lawatan "

Malaysia, UK Bincang Tingkat Hubungan Kepada Perkongsian Strategik

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 15 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK), Sir Keir Starmer, dan membincangkan tentang usaha untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara kepada perkongsian strategik meliputi semua bidang.

Anwar Dapat Kepercayaan Kerajaan, Syarikat Besar UAE Untuk Tingkatkan Kerjasama Ekonomi

ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), lawatan pertama ke luar negara untuk 2025, telah memberikan hasil yang memberangsangkan dengan kejayaan Perdana Menteri dan Malaysia mendapat kepercayaan kerajaan UAE dan syarikat besar dari negara teluk itu untuk menjalin kerjasama ekonomi.

MY-UAE CEPA Turut Beri Tumpuan Kepada Pembangunan Ekonomi Islam

ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) yang dimeterai antara Malaysia dan UAE pada Selasa turut memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ekonomi Islam.

Labuan FSA, Perbadanan Labuan Digesa Lonjak Limpahan Ekonomi Kepada Rakyat

LABUAN, 14 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) dan Perbadanan Labuan (PL) perlu bekerjasama rapat untuk mengukuhkan ekonomi pulau ini dan memastikan manfaatnya dinikmati rakyat tempatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Malaysia Alu-alukan Pelaburan Dari UAE Bagi Projek Tenaga Boleh Baharu

Oleh Kamarul Ariffin Md Yassin

ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan kalangan syarikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melabur di Malaysia dalam projek melibatkan tenaga boleh baharu (TBB) serta pusat data.

PM Anwar Percaya Isu Petronas, Petros Sudah Selesai

Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin

ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya  isu berkaitan Petronas dan Petros mengenai hak pengagihan gas di Sarawak telah diselesaikan menerusi beberapa siri rundingan termasuk pertemuan beliau dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Perjanjian CEPA Malaysia-UAE Buka Peluang Baharu Perdagangan, Kerjasama Ekonomi - Anwar

Oleh Kamarul Ariffin Md Yassin

ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA) yang bertujuan membuka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi.

CPTPP Jamin Akses Bebas Tarif Ke Pasaran UK Bagi Minyak Sawit, Produk Malaysia

LONDON, 14 Jan (Bernama) – Produk Malaysia khususnya minyak sawit dijangka mendapat manfaat daripada akses bebas tarif di United Kingdom (UK) di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Malaysia Bakal Terima Pelaburan Jangka Panjang Susulan Lawatan Kerja Perdana Menteri Ke UAE

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan jangka panjang dijangka dapat disuntik termasuk membabitkan sektor penjagaan kesihatan, pengendali lapangan terbang dan tenaga susulan lawatan kerja beliau ke  Emiriah Arab Bersatu (UAE).

ADIA Akan Main Peranan Penting Dalam Transformasi MAHB - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaan penstrukturan semula ​​Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pertemuan Dengan Syarikat Gergasi UAE Lonjakkan Kerjasama Perdagangan, Pelaburan Dua Negara

Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin

ABU DHABI, 13 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan beliau bersama syarikat-syarikat gergasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) sewaktu lawatan kerja tiga hari ke negara itu akan merapatkan hubungan dua hala selain melonjakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan yang terjalin selama ini.