BERITA TERKINI   Isu pendidikan tidak wajar terus dipolemikkan dengan perkara yang memecah-belah, perlu fokus kepada kualiti pembelajaran - PM Anwar | Dasar Pendidikan Negara baharu beri tumpuan kepada peningkatan mutu pendidikan demi masa depan anak-anak - PM Anwar | PRK Lamag: Sebanyak 10.57 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRK Kinabatangan: Sebanyak 12.54 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | Kesemua 36 pusat mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag dibuka serentak 7.30 pagi ini- SPR | 

Terdapat 1629 berita berdasarkan kata kunci carian " tarif "

Kerajaan Akan Umum Skim Baharu Program Pemeteran Tenaga Bersih

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji semula program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan dijangka mengumumkan skim baharu pada bulan ini, sejajar dengan semakan semula struktur tarif elektrik bagi memastikan pengagihan subsidi  lebih adil.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bursa Malaysia Kekal Dalam Mod Penyatuan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam mod penyatuan pada tengah hari, dipernagaruhi oleh jualan berterusan selepas pelabur mengalihkan fokus mereka kepada kemungkinan berlaku penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas import dari China.

Kerajaan Akan Kaji Syarat Lokalisasi Kepada Pelabur Asing - Liew

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi kepada pelabur asing bagi mewujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia supaya syarikat-syarikat tempatan mendapat limpahan hasil.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan Wall Street berikutan sentimen berhati-hati susulan data ekonomi AS yang lemah dan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas sektor semikonduktor dan farmaseutikal.

Malaysia Akan Perkenal Tiga Tindakan Susulan Utama Dalam Mendepani Pascatarif AS

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Malaysia akan mempekenalkan tiga tindakan susulan utama iaitu program jangkauan pengeksport, pembaharuan kawal selia dan inisiatif pemetaan rantaian bekalan di seluruh negara.

Lotte Chemical Titan Kurangkan Kerugian Kepada RM173.09 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) telah mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM173.09 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 daripada kerugian bersih berjumlah RM248.88 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun kewangan 2024.

Malaysia Tegas Pertahan Beberapa Dasar Negara Dalam Rundingan Tarif Dengan AS - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) --  Malaysia merupakan antara negara yang tegas mempertahankan beberapa peruntukan yang bertepatan dengan dasar negara dalam rundingan tarif perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Singapura Mulakan Kajian Strategi Ekonomi Untuk Kekal Berdaya Saing Di Peringkat Global

SINGAPURA, 4 Ogos (Bernama) -- Singapura akan menjalankan Kajian Strategi Ekonomi (ESR) bertujuan untuk mengukuhkan daya saing global dan kerelevanan ekonomi negara itu dalam persekitaran peralihan struktur seperti penjajaran semula geopolitik dan teknologi disruptif yang bergerak pantas.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Mengambil Untung Pada Saham Wajaran Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila pelabur mengambil keuntungan pada saham berwajaran tinggi terpilih, susulan kenaikan tinggi pada Jumaat.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Serantau Yang Bercampur-campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, diheret turun oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Tarif: Tidak Semua Permintaan Berkaitan Perdagangan Digital, Teknologi Dipersetujui Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Tidak semua permintaan Amerika Syarikat (AS) melibatkan aspek perdagangan digital dan teknologi dipersetujui Malaysia semasa rundingan tarif timbal balik antara kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.