5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2025 diunjurkan pada kadar 4.3 peratus, didorong oleh pemulihan sektor pertanian serta pengembangan sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Penekanan akan diberikan kepada penggunaan teknologi moden dalam projek pembinaan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Building Information Modelling (BIM).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Citaglobal Bhd menceburi sektor tenaga hidro dengan memperoleh 70 peratus kepentingan dalam dua projek kuasa hidro di Perak.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh bagi hari kelima berturut-turut pada Isnin, melepasi paras rintangan 1,560, disokong oleh minat baharu pelabur terhadap pusat data serta petunjuk positif daripada rundingan perdagangan geopolitik.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh sebanyak 12.9 peratus pada suku kedua 2025 dengan nilai kerja-kerja mencecah RM43.9 bilion pada tempoh sama, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Classita Holdings Bhd melantik bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebagai Pengerusi Bukan Eksekutifnya, berkuat kuasa serta-merta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, melepasi paras 1,560 seiring dengan kenaikan di pasaran serantau berikutan sentimen kembali menjadi positif.
5bulan ago
OSAKA (Jepun), 9 Ogos (Bernama) -- Malaysia yakin mampu mencapai sasaran potensi pelaburan berjumlah RM13 bilion menerusi penyertaan di Expo 2025 Osaka, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup pada paras tertinggi intra hari, mengatasi prestasi bursa serantau dan perkembangan terkini dasar tarif perdagangan Amerika Syarikat yang mendorong sentimen pasaran.
5bulan ago
SINGAPURA, 8 Ogos (Bernama) -- Firma hospitaliti yang beribu pejabat di Singapura, The Ascott Ltd dilantik oleh Coronade Properties Sdn Bhd untuk menguruskan komponen hotel di pembangunan bersepadu Coronation Square di Johor Bahru.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memuktamadkan Perjanjian Tambahan 7 (SA7) dengan kontraktor Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi sambungan dari stesen terakhir di Jalan Kastam, Pelabuhan Klang ke Westports dan Northport (Seksyen D) baru-baru ini.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Khamis, dipacu minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam sektor utiliti dan teknologi di tengah-tengah pasaran serantau yang kukuh.