| BERITA TERKINI | Isu tanah ladang komersial Felda di Terengganu dijangka selesai dalam masa terdekat - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan belanja lebih RM200 juta bagi Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir tahun lepas - TPM Ahmad Zahid | |
Terdapat 5428 berita berdasarkan kata kunci carian " 2025"
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura Jalinan Kerjasama Luar Biasa - PM Anwar
DAVOS (Switzerland), 21 Jan (Bernama) - Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan satu langkah kerjasama yang luar biasa dan istimewa antara Malaysia dan negara jiran Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun terdapat penurunan kecil dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, seiring kenaikan pasaran minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga.
MNRB Catat Untung Bersih RM115.9 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2025
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM115.9 juta pada suku ketiga berakhir 31 Dis, 2024 (suku ketiga tahun kewangan 2025), peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding RM84.6 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
Anwar Bertemu Enam MNC Termasuk Google, Nestle Di Luar WEF 2025
Daripada Anas Abu Hassan
DAVOS (Switzerland), 21 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan daripada enam syarikat multinasional (MNC) termasuk AstraZeneca, Fortescue, DP World, Medtronics, Nestle dan Google.
Unit Pansar Raih Kontrak Pembinaan Lebuh Raya Bernilai RM477.69 Juta
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perbena Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Pansar Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM477.69 juta oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk mereka bentuk dan membina sebahagian daripada Lebuh Raya Dua Lorong Serian-Gedong-Samarahan.
Syarikat Penerbangan Dan Destinasi Baharu Pacu Kesalinghubungan Lapangan Terbang Pada 2024 - MAHB
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ketara dalam sektor penerbangan pada 2024, didorong oleh pertambahan 12 syarikat penerbangan baharu, 16 penerbangan yang disambung semula dan 24 destinasi baharu, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Majoriti Negara Anggota ASEAN Perlu Guna Pakai Zon Waktu Seragam - Abdul Wahid
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 berikutan ini akan terus menyepadukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
PKS Malaysia Teraju Pemacuan Kemampanan - Nik Nazmi
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Komitmen Malaysia terhadap kemampanan akan kekal sebagai asas kepada agenda ekonominya, dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka memainkan peranan penting dalam memajukan cita-cita hijau negara, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, RichTech Sasar Kumpul RM13.67 Juta Daripada IPO
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan tambah nilai elektronik dan pembayaran bil, RichTech Digital Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM13.67 juta menerusi pelaksanaan Tawaran Awam Permulaan (IPO).
Malaysia Dalam Kedudukan Tepat Kemudi Cabaran Luar Pada 2025 - Wahid Omar
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dalam kedudukan tepat untuk mengemudi cabaran luar pada tahun ini susulan dasar pentadbiran Presiden Donald Trump 2.0 selain mencapai pertumbuhan mampan dengan mengekalkan persekitaran dasar yang stabil serta memanfaatkan sektor pertumbuhan utama.