5bulan ago
BANGKOK, 1 Ogos (Bernama) -- Tarif baharu sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan dari Thailand, berkuat kuasa hari ini, mewakili hasil yang saling menguntungkan bagi mengekalkan asas eksport Thailand dan memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat daripada penurunan selama dua hari untuk dibuka tinggi pada Jumaat, disokong oleh sentimen yang bertambah baik susulan langkah Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar tarif ke atas import dari Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Malaysia berserta empat lagi negara anggota ASEAN, dikenakan tarif sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa pada hari ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun tinggi berbanding mata wang utama lain pada Jumaat, apabila pelabur menelti hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) dan langkah tarif balas oleh Washington yang berkuat kuasa hari ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) mengenakan kadar tarif yang telah dikurangkan iaitu 19 peratus ke atas import dari Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad & Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dirangka berasaskan objektif teras kerangka Ekonomi MADANI sambil mengekalkan fleksibiliti bagi mengharungi ketidaktentuan di dalam dan luar negara sepanjang lima tahun akan datang, kata seorang ahli ekonomi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Permintaan industri kargo udara, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), meningkat 0.8 peratus dari tahun ke tahun menjelang Jun 2025, turun berbanding 2.2 peratus pada Mei, mencerminkan ketidakpastian yang berterusan dalam pasaran kargo di tengah-tengah ketegangan perdagangan.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Selepas mencatat aliran mengukuh pada sesi pagi ini, ringgit mengakhiri urus niaga dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas Rizab Persekutuan (Fed) negara maju itu bertindak mengekalkan kadar faedah utamanya.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis diasak oleh sentimen serantau yang melemah walaupun optimis terhadap visi dasar strategik Malaysia di bawah pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
5bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini seiring penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, menurut seorang peniaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memutuskan untuk mengumumkan kadar tarif baharu ke atas Malaysia esok.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Khamis berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijadualkan hari ini dan selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa penurunan kadar faedah akan ditangguhkan untuk tempoh lebih lama.