BERITA TERKINI   Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia meningkat kepada 50.2 pada Januari 2026, paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan - S&P Global | Keyakinan perniagaan Malaysia pada Januari mencapai paras tertinggi dalam tempoh 12 tahun, manakala kos input turun buat kali pertama sejak Mei 2020 - S&P Global | Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia meningkat kepada 50.2 pada Januari 2025, paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan - S&P Global | 

Terdapat 5388 berita berdasarkan kata kunci carian " 2025"

Ringgit Dijangka Diniaga Rendah Berbanding Dolar US Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar US minggu depan, kekal dalam julat sempit minggu depan.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati minggu depan berikutan pelabur bersiap sedia untuk memulakan 2025 dengan pendekatan berhati-hati, selain tumpuan kepada Hari Pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 20 Januari, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Indonesia Umum Program Biodiesel

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat disebabkan kerajaan Indonesia memberi penjelasan mengenai program biodieselnya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh permintaan aset selamat kukuh dalam persekitaran ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan konflik Rusia-Ukraine yang berlanjutan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menunjukkan penyusutan di pasaran tunai pendasar.

Kenanga IB: Pinjaman Sektor Perbankan Diunjur Tumbuh 6.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Pertumbuhan Ekonomi Kukuh Cerminan Kejayaan Bersama - PM Anwar

PUTRAJAYA, 3 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur atas pencapaian ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan memberangsangkan setakat ini, hasil usaha bersama pasukan kepimpinan dan penjawat awam di semua peringkat.

Jualan Hartanah Dijangka Meningkat 10 Peratus Tahun Ke Tahun Pada 2025 - RHBIB

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) mengunjurkan jualan hartanah meningkat sebanyak 10 peratus tahun ke tahun pada 2025.

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah ketika awal dagangan pada Jumaat.

MSPO 2.0 Perkukuh Kepimpinan Malaysia Dalam Pengeluaran Minyak Sawit Mampan - MPOC

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pelaksanaan Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) MS2530:2022 (MSPO 2.0) memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam pengeluaran minyak sawit mampan dan menguatkan kedudukannya di pasaran global, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Niaga Hadapan MSM Terus Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis apabila kelewatan pelaksanaan program biodiesel B40 Indonesia telah mencetuskan ketidakpastian dalam pasaran, kata seorang peniaga.

DPMM Rangka Strategi Perkasakan Usahawan Melayu Melalui Konsortium, Digitalisasi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan menubuhkan konsortium perniagaan dan melaksanakan program Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) bagi memastikan golongan itu kekal kompetitif di peringkat tempatan dan antarabangsa.