1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, melepas paras sokongan psikologi 1,600 mata, didorong oleh aktiviti belian saham semasa harga rendah dalam saham mewah dan saham bermodal sederhana.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, memeterai surat hasrat (LOI) dengan Qaswa Holdings Sdn Bhd yang berpangkalan di Brunei Darussalam, sekali gus membuka laluan kerjasama strategik dalam Kluster Maritim Brunei.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia susut di bawah paras sokongan psikologi utama 1,600 apabila pelabur tidak melaksanakan langkah yang signifikan dalam keadaan isyarat lemah daripada Wall Street berikutan pendapatan yang tidak memberangsangkan daripada firma teknologi utama.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Sweden dan Malaysia telah berkembang pesat dengan pelaburan langsung asing (FDI) Sweden di Malaysia melonjak kepada US$1.43 bilion (US$1=RM4.37) sehingga kini berbanding hanya US$113 juta pada 2014.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram & Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) - Syarikat-syarikat terkemuka Sweden yang telah melabur dalam pembangunan perindustrian Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan, meminjamkan kepakaran mereka dalam usaha peralihan ekonomi hijau negara dengan tumpuan kepada agenda kemampanan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) --FGV Holdings Bhd melantik Fakhrunniam Othman sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Nov 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGVH) telah memeterai perjanjian pinjaman dengan anak syarikat 72 peratus miliknya, FGV Palm Industries Sdn Bhd (FGVPI) untuk menyalurkan pinjaman sebanyak RM260 juta bagi membiayai keperluan perbelanjaan modal FGVPI.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pengarah Urusan Sapura Resources Bhd Datuk Shahriman Shamsuddin meletakkan jawatannya berkuat kuasa semalam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- YTL Power International Bhd hari ini menjelaskan pihaknya telah diberikan projek 1Bestarinet melalui proses tender terbuka, dan menepis tuduhan salah laku.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Mega Fortris Bhd terlebih langgan sebanyak 7.18 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran serantau ketika pilihan raya Amerika Syarikat semakin menghampiri dengan pungutan suara menunjukkan persaingan yang sangat sengit.