Terdapat 48 berita berdasarkan kata kunci carian " 26 dis"

Jumlah Jualan Kenderaan Baharu Dijangka Turun Kepada 755,000 Unit Pada 2025 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk jualan kenderaan baharu dijangka turun sebanyak empat peratus tahun ke tahun kepada 755,000 unit pada 2025 berbanding 790,000 unit pada 2024, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Mohon Maklum Balas Mengenai Peraturan Depositori Bagi Penyata CDS Elektronik

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) hari ini mengeluarkan kertas rundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan pindaan terhadap Peraturan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (Bursa Malaysia Depository) berikutan ia ke arah pendigitalan dalam pengeluaran penyata akaun sekuriti kepada pendeposit (penyata CDS).

Southern Cable Raih Kontrak Bekalkan Kabel Bernilai RM172.57 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Southern Cable Group Bhd, Southern Cable Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM172.57 juta untuk membekal dan menghantar kabel dan konduktor di Malaysia Timur.

Jumlah Dagangan Ternakan Di Malaysia Meningkat RM254.7 Juta Kepada RM1.4 Bilion Pada 2023

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah perdagangan industri ternakan di Malaysia meningkat 23.2 peratus atau RM254.7 juta kepada RM1.4 bilion pada 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Naik 0.49 Peratus

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif dengan mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong oleh aktiviti belian semasa harga rendah yang berterusan, seiring dengan prestasi positif di Wall Street dan pasaran serantau.

Kerajaan Anjur FEM2025 Pada 9 Januari

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kerajaan dijadualkan menganjurkan Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) pada 9 Jan 2025, platform utama untuk merangka keutamaan dan dasar Malaysia bagi tahun 2025.

Bank Islam Lepasi Sasaran Awal RM4 Bilion, Mendahului Sasaran 2025

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) melepasi sasaran awal RM4 bilion dengan mencatatkan RM4.8 bilion dalam pembiayaan hijau, mendahului sasaran 2025 yang ditetapkan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang positif sebelum cuti Krismas, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil selepas People’s Bank of China memutuskan untuk tidak menurunkan kadar faedah awal minggu ini, langkah yang dilihat sebagai petunjuk positif.

Saham Di Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan aktiviti penjualan besar-besaran di Wall Street semalaman terutamanya dalam saham teknologi, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Hari Krismas, Tahun Baharu

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2024 sempena cuti umum Hari Krismas dan pada 1 Jan, 2025 sempena Tahun Baharu.