Terdapat 87 berita berdasarkan kata kunci carian " biodiesel"

Harga MSM Dijangka Kekal RM3,750-RM4,050 Satu Tan Sebelum Pulih - MPOC

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal dalam julat RM3,750 hingga RM4,050 satu tan pada Mei sebelum kembali pulih secara beransur-ansur, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup lebih rendah pada Jumaat, sejajar dengan pasaran minyak kacang soya yang melemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Inventori Minyak Sawit Malaysia Dijangka Naik 15 Peratus Pada Mei 2025 -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Stok simpanan minyak sawit Malaysia dijangka meningkat sebanyak 15 peratus bulan ke bulan pada Mei 2025 kepada 2.15 juta tan, dipacu oleh pengeluaran yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Eksport Minyak Sawit Naik 9.62 peratus, Pengeluaran MSM Meningkat 21.52 Peratus Pada April - MPOB

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia pada April meningkat 9.62 peratus kepada 1.10 juta tan daripada 1.01 juta tan pada Mac, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB: 25 Tahun Memimpin Transformasi Industri Sawit, Harum Nama Malaysia Ke Persada Dunia

PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) komited untuk terus meneraju pembangunan sawit negara ke arah industri yang lebih pintar, mampan dan berdaya saing, selaras dengan agenda nasional memperkasa ekonomi hijau serta pendigitalan.

Purata Harga MSM Diunjur Cecah RM4,200 Satu Tan Tahun Ini - Kenanga

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Purata harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mencecah RM4,200 satu tan tahun ini susulan premium harga tinggi yang dinikmati minyak sawit berbanding minyak kacang soya pada suku pertama 2025, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.

Malaysia Menuju Ekonomi Berasas Bio Hijau Dengan Kerjasama CCE-Oasis Xtract

PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Malaysia berusaha ke arah ekonomi lestari dan dipacu inovasi dengan memeterai memorandum persefahaman (MoU) di antara Central Corporate Engineering Sdn Bhd (CCE) dengan Oasis Xtract Sdn Bhd.

Harga Minyak Sawit Dijangka Kekal Pada RM3,900 Setan Selepas Peroleh Semula Daya Saing

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan meningkatnya pengeluaran dan sentimen pasaran yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Eksport Minyak Sawit Naik 0.91 Peratus Pada Mac - MPOB

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia meningkat 0.91 peratus pada Mac 2025 kepada 1.00 juta tan berbanding 996,460 tan pada Februari, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Kenanga Kekalkan Penarafan Wajaran Tinggi Terhadap Sektor Perladangan

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengekalkan penarafan “overweight” atau wajaran tinggi terhadap sektor perladangan susulan harga minyak sawit mentah (MSM) yang kukuh selain defisit bekalan global yang berterusan walaupun eksport lemah.

Eksport Minyak Sawit Turun 16.27 Peratus Kepada Satu Juta Tan Pada Februari 2025 - MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia pada Februari 2025 susut sebanyak 16.27 peratus kepada satu juta tan daripada 1.19 juta tan pada Januari 2025, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).