BERITA TERKINI   Konflik Timur Tengah: Kerajaan akan cuba pertahankan harga minyak RON95 RM1.99 seliter - PM Anwar | PM Anwar rakam ucapan takziah atas pemergian Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei | Hina Islam: PDRM telah ambil tindakan, masyarakat dinasihat bersabar dan tidak gopoh - PM Anwar | PM Anwar akan bawa usul mengutuk serangan Israel-AS ke atas Iran di Parlimen esok | PM Anwar mahu usaha membela nasib rakyat miskin digerakkan di semua peringkat masyarakat | 

Terdapat 3322 berita berdasarkan kata kunci carian " kukuh"

Teamstar Rancang Buka 10 Outlet Baharu Menjelang 2028

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Syarikat baharu disenaraikan, Teamstar Bhd, menyasarkan pembukaan 10 outlet tambahan di Malaysia menjelang 2028, sekali gus meningkatkan jumlah cawangannya kepada 39 berbanding 29 ketika ini.

Untung Bersih Wasco Bhd Bagi Tahun Kewangan 2025 Melonjak Kepada RM160.5 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Wasco Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 melonjak kepada RM160.54 juta berbanding RM153.04 juta pada tahun sebelumnya.

Untung Bersih Public Bank Meningkat Kepada RM7.22 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meningkat 1.1 peratus kepada RM7.22 bilion daripada RM7.14 bilion pada tahun kewangan 2024, disokong pertumbuhan pinjaman dan pembiayaan yang memberangsangkan.

Untung Bersih Kumpulan AmBank Naik Kepada RM529.58 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM529.58 juta pada suku ketiga bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026  daripada RM486.49 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Nestle Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi, Umum Dividen Interim Ketiga 90 Sen

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd meningkat kepada RM513.03 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding RM415.62 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya selepas dipacu oleh kesan gabungan pertumbuhan hasil yang kukuh dan pengurusan kos yang berdisiplin di sepanjang rantaian nilai.

Daya Saing Perdagangan Negara Kekal Terkawal Susulan Pengukuhan Ringgit -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Impak keseluruhan pergerakan nilai ringgit terhadap daya saing perdagangan negara dijangka kekal terkawal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi jangkaan prestasi eksport yang lemah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.

IOI Corp Catat Untung Bersih RM528.5 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatatkan untung bersih RM528.50 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, meningkat ketara berbanding RM111.10 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Rugi Bersih Berjaya Land Naik Kepada RM121.76 Juta Pada Suku Kedua Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Berjaya Land Bhd mencatatkan kerugian bersih yang lebih besar iaitu sebanyak RM121.76 juta bagi suku kedua berakhir 31 Dis, 2025 daripada kerugian bersih RM33.93 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini sekali gus mengakhiri rentetan peningkatan selama tiga hari.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Susulan Niaga Hadapan Serantau Kukuh

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau berikutan penyambungan semula dagangan dalam kalangan pembeli utama di China selepas cuti Tahun Baharu Cina, kata seorang peniaga.

Untung Bersih MISC Naik Ke RM1.7 Bilion Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2025

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- MISC Bhd mencatatkan untung bersih RM1.70 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, meningkat daripada RM1.19 bilion pada tahun sebelumnya.