5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Pendapatan hasil aktiviti urus niaga mata wang digital kripto seperti perdagangan, perlombongan dan pertukaran di Malaysia adalah tertakluk kepada cukai pendapatan di bawah Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses perbincangan dengan pakar dan pengamal industri kewangan bagi meneroka kes penggunaan tokenisasi, kata Kementerian Kewangan (MOF).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) kini sedang mengemukakan permohonan pengecualian cukai kepada Kementerian Kewangan bagi minyak isirung sawit mentah (CPKO) dan minyak isirung olein, masing-masing dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar lima peratus.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM1.4 bilion di bawah Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) yang dipohon Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi tempoh lima tahun, disasarkan bagi meliputi keluasan tanaman semula sawit sebanyak 82,979 hektar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) – Khazanah Nasional Bhd disaran mewujudkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menjalankan analisis pascanilai bagi setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian yang melebihi had material tertentu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM9.35 bilion kepada lebih tiga juta pembayar cukai sehingga 30 Jun, 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Suntikan modal baharu berjumlah RM116.7 juta daripada setiap pemegang saham pengendali rangkaian mudah alih (MNO) Digital Nasional Bhd (DNB) memberikan rangsangan mudah tunai jangka masa pendek kepada syarikat itu, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
6bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) – Selepas mengharungi tekanan kewangan akibat pandemik COVID-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini merangka hala tuju pertumbuhan baharu yang berpaksikan pemanfaatan tanah, pelaburan strategik dan pengembangan tawaran komersial.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Jumlah bersih dana yang telah disalurkan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi membiayai bayaran hutang dan memenuhi komitmen syarikat berjumlah RM42.17 bilion setakat 31 Julai 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Lebih 90 peratus daripada polisi dilaraskan mengalami pelarasan premium yang kurang daripada 10 peratus dan lebih 200,000 polisi mendapat manfaat penangguhan pelarasan premium dan lebih 14,000 polisi telah diaktifkan semula setakat 30 April, 2025, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), menurut Kementerian Kewangan (MoF).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MoF) telah meluluskan geran sebanyak RM14.39 juta kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 2023 bagi menampung perbelanjaan operasi dan memenuhi objektif penubuhannya.