3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- THMY Holdings Bhd telah melantik Affin Hwang Investment Bank Bhd (AHIBB) sebagai penaja jamin tunggal untuk cadangan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia, yang disasarkan menjelang suku keempat tahun ini.
4bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) – Langkah penyahsenaraian FGV Holdings Bhd daripada Bursa Malaysia esok, memberi peluang lebih besar kepada salah satu pengeluar minyak sawit terbesar dunia itu melaksanakan strategi, termasuk menumpukan usaha menjana pulangan lebih menarik kepada peneroka selain nilai bagi pemegang sahamnya.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan sewaan penjana Express Powerr Solutions (M) Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 Sept 2025, menjangka meraih RM36.0 juta menerusi tawaran awam permulaannya (IPO).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd tidak mempunyai rancangan segera dalam mengusahakan tawaran awam permulaan (IPO) untuk TNG Digital Sdn Bhd.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Saham UMS Integration Ltd dibuka tinggi pada penampilan sulungnya di Pasaran Utama hari ini, sekali gus menjadikannya syarikat pertama yang disenaraikan di Singapore Exchange (SGX) memperoleh penyenaraian sekunder di Bursa Malaysia.
5bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pengambilalihan FGV Holdings Bhd (FGV) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merupakan satu langkah konsolidasi bagi memperkukuh operasinya pada masa akan datang.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerima penerimaan yang sah untuk semua baki saham biasa dalam FGV Holdings Bhd dan memperoleh saham tawaran mencapai 91.73 peratus daripada jumlah saham terbitan FGV setakat 5 petang.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengekalkan sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) antara RM369 juta dan RM408 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 (tahun kewangan 2025).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd susut kepada RM57.06 juta menjelang suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding dengan RM80.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini disebabkan oleh hasil operasi yang lebih rendah.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Oxford Innotech Bhd mencatat kemunculan pertama yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada harga 36 sen yang juga premium sebanyak tujuh sen atau 24 peratus lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 29 sen.
5bulan ago
KAMPAR, 26 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan nilai pasaran keseluruhan melebihi RM1.9 trilion pada separuh pertama 2025. Ia juga mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju aktiviti Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Asia Tenggara.
5bulan ago
PETALING JAYA, 23 Julai (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pendidikan, YelaoShr Education Group Sdn Bhd secara rasminya telah beralih kepada francais berlesen di bawah nama YelaoShr, dengan rancangan pengembangan rangkaiannya ke 300 pusat di seluruh negara menjelang 2028.