5hari ago
SUBANG JAYA, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang mengalami perubahan penting dalam order global, yang memerlukan peralihan daripada usaha tradisional untuk mencapai kecekapan ekonomi kepada langkah mengutamakan daya tahan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.
5hari ago
BANGI, 13 Mei (Bernama) -- Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau serta Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) dan Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) 2026 diharapkan dapat menjadi platform strategik kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mempercepatkan agenda pelaburan hijau Malaysia selain mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab serantau bagi pertumbuhan lestari.
5hari ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
KAZAN (Rusia) 13 Mei (Bernama) -- Acara tahunan KazanForum 2026 merupakan platform bagi menjana pelaburan baharu selain peluang yang merentasi aspek perdagangan, pelaburan dan kewangan Islam antara Rusia dan kalangan negara atau ekonomi Islam.
5hari ago
GEORGE TOWN, 13 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang berpotensi besar untuk mengubah sisa menjadi kekayaan baharu dengan menarik pelaburan luar negara berasaskan teknologi tinggi sebagai pemacu ekonomi baharu negeri.
5hari ago
KAZAN, 13 Mei (Bernama) -- Russia berusaha memperluas kerjasama ekonomi dengan Malaysia dan ASEAN dalam sektor seperti pembuatan jentera, pembangunan perindustrian, pertanian dan industri halal di Forum Ekonomi Antarabangsa Ke-17 ‘Rusia-Dunia Islam: KazanForum 2026’ bermula 12 hingga 17 Mei.
5hari ago
BANGKOK, 13 Mei (Bernama) -- ASEAN menganggap ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi semasa membabitkan sektor penerbangan sebagai peluang bagi menyemarakkan kerjasama serantau selain mempercepat pembaharuan yang lama tertangguh.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pasaran penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran pendapatan RM55 bilion menjelang akhir tahun 2030 di bawah Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) 2030, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
6hari ago
JOHOR BAHRU, 12 Mei (Bernama) -- Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Johor digesa memanfaatkan pembangunan dan merebut peluang menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai platform utama untuk menembusi rantaian bekalan global.
6hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu pembelian saham mewah terpilih ketika harga murah selepas dua sesi dagangan terakhir sebelum ini ditutup rendah, kata penganalisis.
6hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan sedang berusaha untuk mengukuhkan kerjasama dengan Malaysia dalam rantaian bekalan berteknologi tinggi, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta kecerdasan buatan (AI).
6hari ago
SEREMBAN, 12 Mei (Bernama) -- Pembangunan perindustrian di Negeri Sembilan mula memasuki fasa baharu apabila negeri itu kini beralih daripada hab pemasangan dan sokongan kepada pengeluar bernilai tinggi, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
6hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan menyatakan hasrat kepada kerajaan Malaysia untuk memulakan rundingan bagi mengemas kini Perjanjian Pelaburan Dua Hala (BIA) Malaysia-Taiwan yang dimeterai pada 1993 supaya selari dengan landskap pelaburan global semasa.