7hari ago
BANGI, 7 April (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh membolehkan negara mendepani dan mengharungi ketidaktentuan global termasuk konflik yang berpanjangan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Firdaos Rosli.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) kekal optimis terhadap sektor pembinaan, disokong oleh permintaan berterusan untuk pusat-pusat data dan komitmen perbelanjaan modal yang berterusan daripada firma teknologi global sehingga 2026.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Malaysia perlu mempercepat peralihannya ke arah strategi tenaga jangka panjang yang lebih mampan, pelbagai dan cekap dari segi kos, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dengan indeks penanda aras susut 0.86 peratus berikutan kebimbangan terhadap ketegangan yang memuncak di Asia Barat meningkat.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- AirAsia X sedang melaraskan kapasiti serta tambang di samping mengawal kos untuk mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api, kata Pengasas Bersama dan Penasihat Tan Sri Tony Fernandes.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- AirAsia X hari ini memberi jaminan tidak akan melaksanakan langkah mengurangkan jumlah pekerjaan atau menawarkan cuti tanpa gaji sebagai pilihan dalam mengurus lonjakan kos susulan krisis Asia Barat.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Geohan Corporation Bhd melalui anak syarikatnya, Geohan Sdn Bhd meraih dua pakej subkontrak bernilai keseluruhan RM103 juta bagi Projek Sambungan Lebuhraya Pantai Baharu (New Pantai Highway) daripada IJM Construction Sdn Bhd.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan ketidaktentuan berterusan pada peringkat global dijangka dapat dilihat dalam masa terdekat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberikan tempoh 48 jam kepada Iran untuk membuka semula Selat Hormuz.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Malaysia menjadi satu-satunya pasaran Asia yang mencatat aliran masuk asing bersih minggu lepas, berjumlah RM98.5 juta, daripada lapan negara yang dipantau oleh MBSB Investment Bank Bhd.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh mata wang Amerika Syarikat (AS) itu yang rendah dalam ketidaktentuan geopolitik yang berlanjutan di Asia Barat.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam pelarasan pelaksanaan dasar negara khususnya bagi menangani kesan krisis tenaga global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 kepada 4.5 peratus daripada 4.7 peratus berikutan krisis tenaga global daripada konflik Asia Barat.