8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Minggu Kesihatan Antarabangsa (IWH) 2025 yang akan datang dijangka akan mencipta rekod baharu dengan lebih daripada 900 peserta pameran tempatan, serantau dan antarabangsa, melangkaui sasaran awal 750 yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- China Galaxy Securities Co Ltd (CGS) dan CGS International Securities Group hari ini memeterai lima memorandum persefahaman (MoU) strategik dan satu surat hasrat (LoI) bagi memperteguh kerjasama perniagaan ASEAN-China.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd, Fullgoal Asset Management (HK) Ltd (Fullgoal HK) dan CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memudahkan penyenaraian dana dagangan bursa (ETF) asing di Bursa Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menyokong pendekatan kerajaan yang menyeluruh dalam mencapai potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM13 bilion di Ekspo 2025 Osaka, Kansai, Jepun.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- CIMB Bank Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama UnionPay International (UPI) bagi mempertingkatkan perkhidmatan pembayaran di Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Microsoft telah mengumumkan ketersediaan umum Rantau Awan Barat (West Cloud) Malaysia yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada pelaburan US$2.2 bilion di negara ini.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Impak daripada usaha pengukuhan ekonomi digital rantau ini menerusi Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 dijangka sangat besar yang diunjur mencecah US$1 trilion menjelang 2030, kata seorang pakar ekonomi.
8bulan ago
KUCHING, 28 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah melabur sebanyak RM25 bilion di Sarawak tahun lepas, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih mengkaji penggabungan Halal Development Corporation (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengembalikan nilai sekitar RM1.5 bilion yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak berkepentingan melalui pembayaran dividen serta sumbangan yang menyokong kemajuan sosioekonomi negara pada tahun kewangan 2024.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) dijangka memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM430 juta sepanjang tahun kewangan 2026–2027, mewakili 18 peratus daripada perolehan kontrak selama 10 tahun bagi melancarkan perkhidmatan “backhaul” gentian rangkaian 5G kedua, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
8bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- ASEAN berhasrat menjadi pasaran tunggal yang makmur dengan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inklusif, pertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi serta mengutamakan kemampanan dalam rantaian nilai melalui Visi Komuniti ASEAN 2045 (ACV 2045).