21hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini memandangkan asas cukai menunjukkan pertumbuhan yang terhad sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan pada 2018.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari disebabkan peniaga menunggu data Indeks Harga Pengeluar (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang sebagai petunjuk untuk mengukur pergerakan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS pada masa depan, kata penganalisis.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd hari ini melancarkan Program Pembiayaan Vendor Mampan (SVFP) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM1 bilion untuk menyokong sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia dalam usaha penyahkarbonan dan peralihan tenaga.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mengalami kerugian berjumlah RM112.53 juta bagi pelupusan saham Astronautic Technology (M) Sdn Bhd, melibatkan nilai nominal saham berjumlah RM112.58 juta telah dijual pada harga RM50,000.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelabur asing terus menjual ekuiti domestik selama tiga minggu berturut-turut, walaupun pada kadar yang lebih sederhana sebanyak RM45.7 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Melaksanakan inisiatif di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan permohonan menyertai BRICS, antara strategi kerajaan untuk mengatasi kesan konflik geopolitik yang berpanjangan.
21hari ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada penutupan dagangan di Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas, kata penganalisis.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sebanyak 3,942 projek atau 45.9 peratus daripada 8,593 projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sedang dalam pelaksanaan sesetakat 26 Ogos tahun ini, kata Ketua Audit Negara hari ini.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini berikutan prestasi kadar asas pasaran tunai.
21hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu Belanjawan 2025, didorong oleh keyakinan bahawa kerajaan dijangka mengekalkan disiplin fiskal dan memastikan defisit fiskal di bawah empat peratus daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan.
22hari ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
DUBAI, 13 Okt (Bernama) — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menekankan kepentingan mendedahkan syarikat teknologi digital tempatan kepada amalan terbaik antarabangsa untuk membantu mereka berkembang melangkaui pasaran Malaysia, menarik pelaburan asing dan memupuk bakat (pekerja berkemahiran).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang oleh pelaburan domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.