1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- TH Properties Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Affin Bank Bhd untuk melancarkan penyelesaian pembiayaan bagi merapatkan jurang pemilikan rumah untuk graduan muda, pembeli rumah dan pelabur hartanah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pasaran sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dijangka melepasi paras tertunggak US$50 bilion (US$1=RM4.46) pada 2025, kata Fitch Ratings.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau dengan teliti imbangan risiko yang berkaitan dengan inflasi domestik dan prospek pertumbuhan untuk memastikan pendirian dasar monetari Malaysia kekal kondusif kepada pertumbuhan yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dalam kedudukan tepat untuk mengemudi cabaran luar pada tahun ini susulan dasar pentadbiran Presiden Donald Trump 2.0 selain mencapai pertumbuhan mampan dengan mengekalkan persekitaran dasar yang stabil serta memanfaatkan sektor pertumbuhan utama.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk menjana pelaburan bernilai RM11 billion manakala eksport sebanyak RM500 juta ke United Kingdom (UK) hasil daripada lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke UK yang berakhir semalam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) kini memperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth, eksklusif menerusi jemputan untuk pelanggan mewah yang menyediakan gabungan unik keistimewaan serta manfaat kompetitif.
1tahun ago
LONDON, 18 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) yang berakhir hari ini, berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, Jan 17 (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd menyasarkan 800 langganan Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth yang baru dilancarkannya menjelang akhir tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Industri kewangan menerima kira-kira 2.3 juta aduan sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 98 peratus daripadanya berkaitan sektor perbankan dan bakinya berkaitan insurans dan takaful.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Gangguan dalam perniagaan kekal menjadi kebimbangan utama bagi risiko perniagaan di Malaysia tahun ini, di samping kebakaran dan letupan, serta perubahan dalam perundangan dan peraturan, menurut laporan Allianz Risk Barometer 2025.
1tahun ago
PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Sektor pembangunan hartanah Malaysia memiliki potensi yang besar pada masa depan, bagaimanapun, kejayaan itu bergantung kepada kerjasama yang strategik, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
1tahun ago
LABUAN, 14 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) dan Perbadanan Labuan (PL) perlu bekerjasama rapat untuk mengukuhkan ekonomi pulau ini dan memastikan manfaatnya dinikmati rakyat tempatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.