6bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih positif meskipun prestasi semalaman Wall Street lemah, menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) akhir minggu ini yang dijangka ramai bakal menentukan pendirian Rizab Persekutuan (Fed) untuk menurunkan kadar faedah negara maju itu.
6bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh bagi hari kelima berturut-turut pada Isnin, melepasi paras rintangan 1,560, disokong oleh minat baharu pelabur terhadap pusat data serta petunjuk positif daripada rundingan perdagangan geopolitik.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, melepasi paras 1,560 seiring dengan kenaikan di pasaran serantau berikutan sentimen kembali menjadi positif.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing muncul semula sebagai pembeli bersih di pasaran Asia pada minggu lepas dengan mencatat jumlah US$996 juta (US$1=RM4.23) berbanding aliran keluar pada minggu sebelumnya manakala Taiwan mencatat angka belian tertinggi di rantau ini.
6bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan Wall Street pada Jumaat lepas, yang diterajui oleh kenaikan saham Apple selepas pengumuman mengenai perancangan pelaburannya di Amerika Syarikat (AS).
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan aliran meningkatnya minggu depan dengan potensi melepasi paras 1,560, kata seorang penganalisis.
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup pada paras tertinggi intra hari, mengatasi prestasi bursa serantau dan perkembangan terkini dasar tarif perdagangan Amerika Syarikat yang mendorong sentimen pasaran.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar pada Jumaat selepas prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur berikutan pelabur berhati-hati terhadap impak daripada tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Khamis, dipacu minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam sektor utiliti dan teknologi di tengah-tengah pasaran serantau yang kukuh.
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat sedikit selepas dibuka rendah pada Khamis, apabila pelabur mengambil petunjuk waspada daripada kenaikan semalaman di Wall Street menjelang pengumuman tarif oleh Presiden Donald Trump hari ini.
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu apabila berlaku aktiviti pembelian saat-saat akhir ke atas saham wajaran tinggi terpilih yang digabungkan dengan prestasi pasaran serantau lebih kukuh sehingga meningkatkan sentimen pasaran.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam mod penyatuan pada tengah hari, dipernagaruhi oleh jualan berterusan selepas pelabur mengalihkan fokus mereka kepada kemungkinan berlaku penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas import dari China.