BERITA TERKINI   Kerajaan serius tangani isu etika kewartawanan, perbezaan tajuk berita dan kandungan sebenar laporan - Fahmi | PM Anwar beri perhatian serius terhadap usaha mantapkan Majlis Media Malaysia - Fahmi | STAM 2025: 2,816 calon berjaya lepasi syarat kelayakan untuk dianugerahkan STAM - KPM | Johor tetapkan kadar zakat fitrah tahun ini kepada tiga kategori, RM8, RM10 dan RM20 - Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor | Nilai transaksi perbelanjaan SARA di pasaran tempatan mencecah RM4.8 bilion - Amir Hamzah | 

Terdapat 1565 berita berdasarkan kata kunci carian " potensi"

Pelaburan RM550 Juta Ferrotec China Di Johor Dijangka Jana Eksport Tahunan RM600 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pelaburan syarikat semikonduktor berteknologi tinggi dari China, Ferrotec bernilai RM550 juta di Pasir Gudang, Johor melalui Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn Bhd dijangka menjana nilai eksport tahunan sebanyak RM600 juta.

Johor Teraju Pelaburan Pusat Data Negara , 42 Projek Bernilai RM164.45 Bilion Diluluskan

JOHOR BAHRU, 13 Ogos (Bernama) -- Johor muncul sebagai peneraju pelaburan pusat data negara dengan 42 projek bernilai RM164.45 bilion diluluskan setakat suku kedua 2025. 

RHB IB Kekalkan Unjuran KDNK 2025 Pada 4.2 Hingga 4.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- RHB Investment Bank (RHB IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 Malaysia pada 4.2 peratus, dengan potensi meningkat kepada 4.4 peratus.

Dasar Pengkomputeran Awan Letak Malaysia Sebagai Hab Serantau Menjelang 2030 - Gobind

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Malaysia mengesahkan cita-citanya untuk menjadi hab awan dan digital serantau yang terkemuka menjelang 2030 menerusi pelancaran Dasar Pengkomputeran Awan Negara (NCCP), satu langkah penting dalam pembangunan ekosistem digital negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

MCBA Gesa Perniagaan Malaysia Rebut Peluang Pasaran Kemboja Di Sebalik Gangguan Bekalan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Malaysia-Kemboja (MCBA) menggesa perniagaan Malaysia merebut peluang baharu di Kemboja berikutan gangguan rantaian bekalan disebabkan oleh situasi sempadan Kemboja-Thailand baru-baru ini.

MyCC Anjur Konsultasi Awam Kedua Bagi Kajian Ekonomi Digital Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menjalankan konsultasi awam bagi draf laporan akhir Kajian Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital pada Selasa depan di Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) Centre of Excellence di sini.

Malaysia Mahu Rangka Strategi Kepercayaan Digital, Tubuh Suruhanjaya Data - Gobind

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kerajaan komited untuk mewujudkan Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data 2026–2030 serta menubuhkan Suruhanjaya Data bebas bagi melindungi transformasi digital menerusi ekosistem kebangsaan yang komprehensif.

redBus Perluas Sistem Tiket Digital Kepada Pengendali Bas Di Kawasan Pendalaman

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Platform tiket bas dalam talian, redBus Malaysia dikendalikan oleh Ibibo Group Sdn Bhd, memperluaskan sistem operasi dan tiket digitalnya kepada pengendali bas di kawasan pendalaman untuk meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan perkhidmatan.

MPM Tarik Peserta Minyak & Gas Global Dengan Peluang Lembangan Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Malaysia kekal sebagai destinasi menarik bagi pelaburan minyak dan gas, dengan badan pentadbir yang menguruskan aset minyak dan gas huluan negara, Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) di bawah Petronas, membuka beberapa lembangan yang berpotensi di dalam negara.

IWK, JSW Bangunkan Air Pulih Guna Untuk Penuhi Permintaan Industri Pusat Data Johor

JOHOR BAHRU, 11 Ogos (Bernama) -- Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, dan Johor Special Water (JSW) Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan air pulih guna bagi memenuhi permintaan bekalan air yang semakin meningkat dalam industri pusat data di Johor.

Bursa Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, melepasi paras 1,560 seiring dengan kenaikan di pasaran serantau berikutan sentimen kembali menjadi positif.

Pelabur Asing Kembali Sebagai Pembeli Bersih US$996 Juta Ekuiti Asia, Taiwan Tertinggi - MBSB

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing muncul semula sebagai pembeli bersih di pasaran Asia pada minggu lepas dengan mencatat jumlah US$996 juta (US$1=RM4.23) berbanding aliran keluar pada minggu sebelumnya manakala Taiwan mencatat angka belian tertinggi di rantau ini.