1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) melancarkan Rangka Kerja Kewangan Lestari (SFF) pertamanya yang bertujuan mengumpulkan RM20 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong projek hijau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk "mempertingkat" dan memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada dengan negara tertentu seperti China, India dan ekonomi anggota ASEAN.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di negara ini dengan pengeluaran sebanyak 4.5 juta tan pada 2023 disebabkan oleh hasil buah yang tinggi dan kadar pengekstrakan minyak yang baik, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor.
1tahun ago
SHAH ALAM, 24 Okt (Bernama) -- Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) memperuntukkan RM80.84 juta bagi membiayai 100 projek dalam usaha merangsang pembangunan penyelesaian inovatif dari Julai 2020 hingga Disember 2023.
1tahun ago
KUANTAN, 25 Okt (Bernama) -- BASF Petronas Chemicals (BPC) melancarkan barisan pengeluaran asid 2-etilheksanoik (2-EHAcid) kedua di tapak bersepadunya di sini bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah menggariskan 11 sektor berpotensi untuk dimanfaatkan oleh golongan bumiputera, termasuk industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV), kata Kementerian Ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia sangat mengejutkan pada 2024, dengan inflasi utama dan teras pada purata 1.8 peratus pada suku pertama hingga ketiga tahun ini, menurut ahli ekonomi kanan OCBC untuk ASEAN Lavanya Venkateswaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi September 2024 telah turun kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Ogos tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Amanah pelaburan hartanah (REIT), CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) setakat ini meraih pinjaman berkaitan kemampanan berjumlah RM752 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sektor pembinaan telah digesa untuk memberi tumpuan kepada kaedah mampan, reka bentuk cekap tenaga dan penggunaan bahan hijau untuk memastikan industri berkembang maju dari segi ekonomi dan menyumbang secara positif kepada alam sekitar serta masyarakat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus menjadi agensi galakan eksport negara menerusi Belanjawan 2025 dengan membantu syarikat Malaysia untuk kekal kompetitif di pasaran luar.