BERITA TERKINI   PM PALESTIN DAKWA GENCATAN SENJATA GAZA TIDAK DILAKSANAKAN SEPENUHNYA, ISRAEL LAKUKAN "KEPUNGAN EKONOMI" | 

Terdapat 607 berita berdasarkan kata kunci carian " gangguan"

Saham Petronas Gas Turun 1.30 Peratus Susulan Kebakaran Saluran Paip Gas

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga saham Petronas Gas Bhd (PGB) turun sebanyak 1.30 peratus pada awal dagangan hari ini selepas kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor, menyebabkan kerosakan teruk dan penduduk di kawasan yang terjejas dipindahkan.

Petronas Akan Bekerjasama Dengan Pihak Berkuasa Bantu Mangsa Kebakaran Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi yang berkaitan untuk menyalurkan sokongan yang bermakna kepada keluarga yang terkena impak akibat kebakaran gas di Putra Heights, Puchong, Selangor.

ABM Saran Pemilik Terjejas Susulan Kebakaran Di Putra Heights Hubungi Bank Mereka

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan anggotanya melahirkan keprihatinan yang mendalam kepada mereka yang terjejas dengan kebakaran saluran gas di Putra Heights hari ini.

Syarikat Penerbangan Tempatan Tidak Batal Penerbangan Susulan Gempa Bumi Myanmar

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia tidak membatalkan mana-mana penerbangan susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat.

BNM Kekalkan Pendekatan Berasaskan Data Dalam Menilai Inflasi, Prospek Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mengguna pakai pendekatan berasaskan data dalam menilai kesan perkembangan ekonomi terhadap inflasi dan pertumbuhan, kata Timbalan Gabenor Datuk Marzunisham Omar.

Perjalanan Udara Asia Pasifik Meningkat Semula Lepasi Paras Prapandemik - Aapa

PERTH, 25 Mac (Bernama) -- Perjalanan udara Asia Pasifik meningkat semula melepasi paras prapandemik, dipacu oleh permintaan kukuh, pertumbuhan ekonomi global dan peningkatan jumlah penumpang, kata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).

Malaysia Perlu Tingkatkan Sektor Semikonduktor, Teknologi Berikutan Peralihan Perdagangan Global

BATU KAWAN, 25 Mac (Bernama) -- Malaysia, terutamanya Pulau Pinang, harus meletakkan dirinya sebagai kuasa yang amat diperlukan dalam sektor semikonduktor dan teknologi di tengah-tengah peralihan perdagangan global semasa, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Operasi Institusi Kewangan Kekal Berdaya Tahan – BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerugian kewangan akibat risiko operasi yang dilaporkan oleh institusi kewangan kekal rendah pada separuh kedua 2024, merangkumi hanya 0.03 peratus daripada jumlah modal sistem perbankan berbanding 0.05 peratus pada separuh pertama 2024.

Dasar Perindustrian Dipacu Inovasi Dan Reformasi Pasaran Buruh Boleh Tingkat Pendapatan Isi Rumah – BNM

KUALA LUMPUR 24 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan dasar perindustrian yang strategik dan dipacu inovasi serta pembaharuan pasaran pekerja boleh meningkatkan pendapatan isi rumah, kata kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM Gesa Pembuat Dasar Guna Pendekatan Strategik Hadapi Peningkatan Kejutan Penawaran

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Pembuat dasar perlu memiliki instrumen dan strategi yang mampu menguruskan peningkatan kejutan penawaran yang semakin kompleks pada masa akan datang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM Pastikan Kestabilan Monetari Kekal Teguh Dalam Mendepani  Cabaran Global

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kekal teguh dalam memastikan kestabilan harga dalam menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam jangka panjang.

Empat Penerbangan Malaysia Airlines Ke London Terjejas Disebabkan Penutupan Lapangan Terbang Heathrow

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom kata Malaysia Aviation Group (MAG).