Terdapat 874 berita berdasarkan kata kunci carian " pengarah"

Bank Rakyat Lantik Ahmad Shahril Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bank Rakyat melantik Ahmad Shahril Mohd Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 9 April 2025.

Sirehemas Sasar Jual 236,000 Unit Produk Kesihatan Di Malaysia, Indonesia Dan Singapura

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Sirehemas Pharma Sdn Bhd (Sirehemas) dengan kerjasama Euglena Co Ltd (Euglena) menyasar menjual lebih 236,000 unit produk kesihatan terbaharunya Euglena Royal Algae Drink dan Euglena Collagen Shot di pasaran Malaysia, Indonesia serta Singapura pada tahun ini.

MSB Global Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Tarif AS Beri Impak Minimum

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- MSB Global Group Bhd berkata tarif Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan minimum kepada operasi perniagaan syarikat berikutan rantaian bekalan dan tumpuan pasaran syarikat itu masih tertumpu terutamanya di Asia.

Visi Tun Abdullah Jadikan Malaysia Peneraju Industri Halal Global Masa Kini

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Visi Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam merealisasikan industri halal sebagai sumber ekonomi negara menjadikan Malaysia sebagai peneraju industri halal global sehingga masa kini, menurut Halal Development Corporation (HDC).

Perkukuh Hubungan Dengan AS, Dagangan Hibrid Penting Bagi Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Malaysia perlu mengukuhkan hubungan diplomatiknya dengan rakan utama seperti Amerika Syarikat (AS), khususnya dalam perniagaan, pelaburan dan keselamatan untuk memastikan pertumbuhan mampan selain mengekalkan perdagangan yang adil dan seimbang.

Cahya Mata Sarawak Kekal Momentum Operasi Meski Berdepan Prosiding Undang-undang

KUCHING, 12 April (Bernama) -- Prestasi operasi Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) terus menunjukkan peningkatan ketara meskipun berdepan prosiding undang-undang yang sedang berlangsung, kata Penasihat Undang-Undang Kumpulan, Izzam Ibrahim.

Ringgit Dijangka Meningkat Minggu Depan Berikutan Kelemahan Dolar US

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat minggu berbanding dolar US minggu depan, diunjurkan diniagakan antara paras 4.41 dan 4.42, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Perkongsian PWCC Dengan Korea Selatan Kukuh Industri MICE

GEORGE TOWN, 11 April (Bernama) -- Menjelang pembukaan rasmi pada Oktober tahun ini, Pusat Konvensyen Waterfront Pulau Pinang (PWCC) telah membentuk perkongsian strategik dengan pakar pusat konvensyen dari Korea Selatan bertujuan untuk meningkatkan industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

MPOB Perkenal Projek Rintis Excavator, Bantu Pekebun Kecil Tingkat Produktiviti

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) perkenal projek rintis Skim Pemberian Excavator (SPE) dengan kerjasama Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Sugut Paitan, Sabah. 

Black Group Dari Singapura Ambil Alih LifeBank, Tingkatkan Penyelesaian Usia Sihat Dan Aktif

SINGAPURA, 10 April (Bernama) -- Black Group Investment Holding yang berpusat di Singapura mengambil alih LifeBank Stem Cells iaitu pengedar perbankan sel stem dan penyelesaian terapi selular.

ASEAN Akan Terlibat Dalam Dialog Jujur, Konstruktif Dengan AS Berkenaan Tarif

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN akan mengadakan dialog yang jujur dan konstruktif dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menangani isu kebimbangan berkenaan perdagangan selepas Washington mengenakan tarif kepada 168 negara termasuk semua negara anggota blok Asia Tenggara.

Pelan Tindakan AIF 2025-2028 Lonjak Peranan Global Dipegang ASEAN - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pelan Tindakan Dana Infrastruktur ASEAN (AIF) (2025-2028) akan memperkukuh peranan ASEAN sebagai piawaian global dalam tadbir urus dan pembangunan mampan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.