Terdapat 1871 berita berdasarkan kata kunci carian " presiden"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, meruskan keuntungan semalam, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi global, kata seorang peniaga.

Ringgit Kembali Meningkat Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Ringgit kembali meningkat berbanding dolar US dan mata wang utama walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) catat kenaikan ketika ini di sebalik perundingan antara AS dan Ukraine, kata seorang penganalisis.

Malaysia Muktamadkan Rundingan FTA Dengan Korea Selatan, Dijangka Ditandatangani Pada Okt Depan

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia telah memuktamadkan rundingan untuk perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Korea Selatan dan dijangka menandatangani perjanjian itu pada Oktober depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pasaran Comex AS

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup tinggi pada Isnin, mencerminkan pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, menjejaki kebanyakan prestasi positif pasaran serantau, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata seorang peniaga.

Industri Perkapalan Malaysia Kekal Berdaya Tahan

PETALING JAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Industri perkapalan Malaysia kekal berdaya tahan dengan memenuhi permintaan global yang meningkat dan menjana keuntungan walaupun berdepan ketidaktentuan perdagangan global, kata Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia (SAM) Ooi Lean Hin.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dan sejajar dengan kenaikan dalam pasaran saham serantau, kata seorang penganalisis.

Pelabur Asing Catat Belian Bersih Ekuiti Asia US$389.4 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing terus mencatatkan belian bersih saham Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah US$389.4 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Karnival UDA Bersama BizFrancais Pernas Platform Perkukuh Ekosistem Keusahawanan PMKS Sabah

PENAMPANG, 16 Ogos (Bernama) -- Penganjuran Karnival UDA bersama Bizfrancais Pernas selama tiga hari berakhir esok di Buhavan Square di sini mampu menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pembangunan keusahawanan.

Bursa Malaysia Dijangka Meningkat Kepada Paras 1,590 Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meningkat kepada paras rintangan 1,590 minggu depan, bergantung kepada sentimen risiko global yang menyokong serta kejelasan mengenai trajektori tarif semikonduktor, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, kata penganalisis.

Sidang Kemuncak Global Usahawan Dan Profesional Tamil Buka Peluang Pelaburan Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 15 Ogos (Bernama) — Penganjuran Sidang Kemuncak Global Usahawan dan Profesional Tamil ke-15 di Pulau Pinang mampu membuka peluang besar untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan strategik serta menjadi platform mempertemukan para usahawan.