Terdapat 625 berita berdasarkan kata kunci carian "nem"

Jualan 12.12 Lazada Dikuasakan AI Capai Penjimatan Pengguna Sebanyak US$483 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Jualan 12.12 All Out Lazada yang dikuasakan melalui kecerdasan buatan (AI) menjana penjimatan pengguna sebanyak US$483 juta di seluruh Asia Tenggara.

Kyndryl Inc Berpangkalan Di AS Buka Pejabat Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan infrastruktur teknologi maklumat berpangkalan di Amerika Syarikat, Kyndryl Inc, membuka pejabat baharu di sini sekali gus membuktikan komitmennya terhadap pelanggan tempatan.

Pendapatan E-Dagang Malaysia Cecah RM918.2 Bilion Pada Sembilan Bulan Pertama 2024

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pendapatan e-dagang Malaysia mencatatkan pertumbuhan empat peratus kepada RM918.2 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024, dengan jumlah tertinggi dicapai pada suku kedua bernilai RM309.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Sektor Kesihatan, Pendidikan Mungkin Sasaran Utama Serangan Ransomware Pada 2025 - Sophos

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Sektor penjagaan kesihatan dan pendidikan dijangka menjadi sasaran utama serangan perisian tebusan atau “ransomware” tahun depan, menurut penyedia penyelesaian keselamatan siber, Sophos Ltd.

MATRADE Mahu Lebih Banyak Produk Kelantan Bernilai Tinggi Dieksport Ke Luar Negara

KOTA BHARU, 18 Dis (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berhasrat menjadikan lebih banyak produk usahawan Kelantan yang bernilai tinggi untuk menembusi pasaran global.

Komitmen MIDA Kepada Pelabur - Landskap Pelaburan Lebih Kukuh, Bersepadu

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) komited untuk menyokong pelabur di setiap peringkat ke arah mewujudkan landskap pelaburan yang lebih kukuh dan bersepadu. 

Northern Solar Yang Akan Disenarai Di Pasaran ACE Mahu Kumpul RM42.4 Juta Dari IPO

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pakar tenaga boleh baharu solar, Northern Solar Holdings Bhd (Northern Solar) berhasrat mengumpul sebanyak RM42.4 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) bersempena dengan penyenaraiannya di Pasar ACE Bursa Malaysia.

KWSP Jadi Pemegang Unit Penting Dalam KIP REIT Selepas Pegang Enam Peratus Kepentingan

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi pemegang unit penting dalam Amanah Pelaburan Hartanah KIP (KIP REIT) berikutan kejayaan pelaksanaan penempatan persendirian kumpulan itu baru-baru ini.

Saham IPO Winstar Capital Terlebih Langganan Sebanyak 80.17 Kali

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Winstar Capital Bhd sebanyak 14.5 juta saham untuk orang awam Malaysia terlebih langganan sebanyak 80.17 kali.

China, Malaysia Perlu Tingkatkan Komunikasi, Penyelarasan Dalam Pelbagai Isu - Duta

SEPANG, 5 Dis (Bernama) -- China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau, menyokong satu sama lain dengan baik, menentang dasar perlindungan serta menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan, kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing. 

DSR Taiko Tingkatkan Industri Durian Malaysia Dengan Pensijilan, Kualiti

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

SHAH ALAM, 4 Dis (Bernama) -- DSR Taiko Bhd, peneraju industri durian di Malaysia dalam kedudukan strategik untuk memperluas operasi globalnya dengan memberi tumpuan kepada produk bernilai tambah untuk memenuhi permintaan antarabangsa yang semakin meningkat.

Malaysia Guna Diplomasi Lunak Tangani Perubahan Susulan Pendirian Trump

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Malaysia akan kekal berkecuali dan bersedia menghadapi kemungkinan perubahan landskap ekonomi global susulan pemilihan semula Donald Trump memimpin Amerika Syarikat (AS).