8bulan ago
SHAH ALAM, 29 Mei (Bernama) -- Supply Chain City Malaysia (SCC MY), kompleks logistik pintar YCH Group bernilai RM500 juta di Bandar Bukit Raja, Klang, dekat sini, dijangka menjadi pemangkin penting dalam kesalinghubungan serantau, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
KLANG, 29 Mei (Bernama) -- Perniagaan digesa menerapkan strategi berdaya tahan, tangkas dan kebolehsuaian dalam operasi mereka bagi mendepani cabaran gangguan rantaian bekalan global memandangkan ketegangan geopolitik semakin menjadi perkara biasa dalam ekonomi global hari ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Minggu Kesihatan Antarabangsa (IWH) 2025 yang akan datang dijangka akan mencipta rekod baharu dengan lebih daripada 900 peserta pameran tempatan, serantau dan antarabangsa, melangkaui sasaran awal 750 yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- China Galaxy Securities Co Ltd (CGS) dan CGS International Securities Group hari ini memeterai lima memorandum persefahaman (MoU) strategik dan satu surat hasrat (LoI) bagi memperteguh kerjasama perniagaan ASEAN-China.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Tinjauan pertumbuhan ekonomi global tahun ini adalah pelbagai dan di bawah tekanan dengan prospek yang lemah di Amerika Utara, daya tahan di rantau Asia-Pasifik dan optimis tetapi berhati-hati di Eropah, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Microsoft telah mengumumkan ketersediaan umum Rantau Awan Barat (West Cloud) Malaysia yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada pelaburan US$2.2 bilion di negara ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Microsoft hari ini mengumumkan pelancaran BINA AI Malaysia, satu inisiatif bertujuan menyokong fasa seterusnya dalam usaha mempercepat transformasi kecerdasan buatan (AI) negara ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kumpulan AmBank melalui AmBank Islamic Bhd meluluskan pembiayaan sebanyak RM70 juta kepada anak syarikat milik penuh Sunview Group Bhd, Fabulous Sunview Sdn Bhd (FSSB).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Technology Depository Agency Bhd (TDA) telah menaik taraf Sistem Dokumen Sokongan untuk Import dan Eksport Malaysia (MyCIEDS) kepada sistem digital bersepadu.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) dijangka memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM430 juta sepanjang tahun kewangan 2026–2027, mewakili 18 peratus daripada perolehan kontrak selama 10 tahun bagi melancarkan perkhidmatan “backhaul” gentian rangkaian 5G kedua, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) dapat menunaikan janji bagi menyediakan perkhidmatan yang pantas dan murah berpandukan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.