Terdapat 1646 berita berdasarkan kata kunci carian " apr"

Pulau Pinang Terus Menyinar Sebagai Hab Pembuatan Emas Malaysia

GEORGE TOWN, 9 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus berfungsi sebagai nadi sektor pembuatan emas Malaysia, menyumbang kira-kira 80 peratus daripada jumlah output pengeluaran negara.

Bank Rakyat Terbit Sukuk Wakalah Senior Bernilai RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bank Rakyat berjaya menerbitkan RM1 bilion Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd.

Johor Yakin Capai FDI Hampir RM60 Bilion Menjelang Suku Kedua 2025

JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) -- Johor yakin dapat mencapai pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah hampir RM60 bilion menjelang suku kedua tahun ini.

Indeks Harga Pasir Meningkat Sehingga 3.8 Peratus Pada April - DOSM

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Indeks harga pasir mencatatkan peningkatan iaitu antara 0.1 peratus hingga 3.8 peratus bagi kebanyakan kawasan di Malaysia pada April 2025 berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Cambridge Tenang, Yakin Dengan Cara Tersendiri Hadapi Tarif AS Ke Atas Kereta, Keluli UK

CAMBRIDGE, 9 Mei (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas kereta dan keluli British sekali lagi menjadi topik utama di seluruh United Kingdom (UK) pada Khamis.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi, didorong oleh minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih yang sejajar dengan momentum positif di pasaran serantau, kata penganalisis.

Fong Chee Khuen Dipecat Daripada Jawatan CEO HHRG 

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- HHRG Bhd memecat Fong Chee Khuen daripada jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta berikutan dakwaan salah laku dan penyalahgunaan kuasa.

NIMP 2030, NAP 2020 Pacu Industri Auto Malaysia Muncul Kedua Terbesar Di Asia Tenggara

SERDANG, 8 Mei (Bernama) — Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Negara (NAP) 2020 telah membantu dalam membangunkan industri automotif Malaysia sebagai kedua terbesar di Asia Tenggara selain ke-23 terbesar di peringkat dunia.

AS Mahu Rundingan Satu Dengan Satu Dengan Negara Anggota ASEAN Mengenai Tarif - MITI

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) bertegas mengadakan perbincangan dua hala dengan negara anggota ASEAN secara individu mengenai langkah tarif timbal balas baru-baru ini, dan enggan berunding sebagai sebuah blok serantau, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$118.7 Bilion Pada 30 April

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$118.70 bilion pada 30 April, 2025 daripada US$118.40 bilion pada 15 April, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Pandangan Pelbagai Menjelang Pengumuman OPR BNM Esok

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Walaupun kadar dasar semalaman (OPR) dijangka oleh banyak pihak untuk kekal pada 3.0 peratus, beberapa pakar ekonomi melihat penurunan sebanyak 25 mata asas (bps) mungkin akan dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai sokongan awal terhadap potensi risiko penurunan tarif Amerika Syarikat (AS).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak.