Terdapat 1176 berita berdasarkan kata kunci carian " indonesia "

Powerwell Peroleh Kontrak Pusat Data Bernilai RM8.3 Juta Di Indonesia

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd (Powerwell), Powerwell International Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak pusat data bernilai RM8.3 juta daripada PT Duta Listrik Graha Prima.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikannya berbanding dolar US pada Khamis, disokong oleh komen Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan ketidaktentuan daripada kesan inflasi tarif.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Beberapa Mata Wang Utama Lain

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh ketegangan geopolitik yang reda dan data ekonomi AS yang hambar sekali gus mengekalkan tekanan ke atas dolar.

Ringgit Terus Meningkat Selepas Fed Beri Petunjuk Kekalkan Kadar Faedah

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Rabu selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah, sebaliknya memilih untuk memantau hala tuju ekonomi, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Ketegangan Di Timur Tengah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh kemungkinan gencatan senjata dalam konflik Israel-Iran, kata ahli ekonomi.

Siti Khadijah Sasar Jualan RM2.5 Juta Koleksi Telekung Maharani

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Jenama telekung tempatan terkenal, Siti Khadijah (SK) menyasarkan jualan sebanyak RM2.5 juta dalam tempoh tiga hingga enam bulan bagi koleksi telekung terbaharunya, Maharani, yang dilancarkan hari ini.

Inflasi Malaysia 1.2 Peratus Pada Mei 2025, Terendah Dalam Tempoh 51 Bulan - DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan kadar inflasi 1.2 peratus pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

SEDA Lantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sebagai Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia melantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, sebagai Pengerusi baharu SEDA Malaysia mulai 15 Mei, 2025.

Prospek Krisis Timur Tengah Reda Pacu Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kemungkinan krisis di Timur Tengah mereda apabila Presiden Donald Trump mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Iran, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidaktentuan Di Timur Tengah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila penglibatan AS dalam perang antara Israel dan Iran telah meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti dolar AS, kata penganalisis.

Ringgit Tinggi Pada Sesi Pembukaan Dalam Ketegangan Geopolitik Berterusan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan dengan penglibatan Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Israel-Iran yang menjadi tumpuan, kata penganalisis.

Ringgit Dijangka Terus Bertahan Minggu Depan Susulan Konflik Timur Tengah

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Ringgit dijangka terus bertahan dalam julat terhad minggu depan, berikutan peniaga dan pelabur akan kekal memantau perkembangan konflik ketenteraan di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.