BERITA TERKINI   Bernama main peranan penting sebagai sumber maklumat yang sahih dan berwibawa - Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan | Bernama rakan strategik perwakilan Malaysia di luar negara, salur berita berkepentingan dan hubungan dua hala - Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan | PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan negara atas kejayaan muncul juara acara kuadran Piala Dunia Sepak Takraw 2026 | 

Terdapat 5929 berita berdasarkan kata kunci carian " pelabur"

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari dengan indeks petunjuk utama meningkat sebanyak 0.48 peratus, didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi lebih kukuh dalam pasaran serantau.

ASEAN-BAC Rangka Beberapa Inisiatif Bagi 2025 Termasuk IPO ASEAN - Nazir Razak

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail dan Rosmalis Anuar

VIENTIANE, 10 Okt (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) telah merangka beberapa inisiatif utama yang akan diketengahkan sepanjang Malaysia memegang tampuk kepengerusian tahun depan, termasuk cadangan tawaran awam permulaan (IPO) ASEAN.  

Tingkat Pelaburan Dalam AI, Pembangunan Kemahiran Dalam Belanjawan 2025 - Learning Edge

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan pelaburan dalam teknologi yang dipacu kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran dan keterangkuman ekonomi yang lebih besar dalam Belanjawan 2025, kata Learning Edge, sebuah organisasi pembangunan bakat.

Tatakelola Baik. Dasar Jelas Pacu Pertumbuhan Ekonomi Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi yang positif yang dicatatkan kebelakangan ini adalah hasil tatakelola yang semakin baik bersama dengan penggubalan dasar yang jelas terutama dalam sektor perindustrian, transformasi digital, tenaga dan semikonduktor.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan pegawai Fed berlainan pendapat sama ada untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata pada September, membayangkan penurunan lebih kecil pada masa depan, kata seorang penganalisis.

Malaysia Di Landasan Raih Bahagian Penting Pasaran Digital Global - Gobind

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Malaysia kini di landasan tepat bagi menguasai bahagian penting dalam pasaran digital global, seiring jangkaan ekonomi digital negara menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun depan.

Malaysia Antara 20 Pasaran Utama Bagi Keterangkuman Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia disenaraikan antara 20 pasaran utama atau tertinggi bagi keterangkuman kewangan berdasarkan analisis global membabitkan 40 pasaran menerusi Indeks Keterangkuman Kewangan Global 2024.

Leader Energy Peroleh Pelaburan Lebih US$100 Juta Daripada CAF II

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Leader Energy Group Bhd, syarikat pengeluar telekomunikasi dan kuasa berjaya memperoleh pelaburan lebih US$100 juta (US$1=RM4.28) daripada Dana Kerjasama Pelaburan China-ASEAN II (CAF II).

Labuan IBFC Manfaatkan Blockchain, AI Untuk Rangsang Pertumbuhan Fintech

LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Minat yang semakin meningkat terhadap aset digital dan instrumen kewangan alternatif memacu inovasi dan pertumbuhan dalam sektor kewangan Labuan.

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar US hari ini, menjelang pengumuman minit mesyuarat September, Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) malam ini, yang akan menawarkan kejelasan mengenai trajektori pemotongan kadar faedahnya.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah hari ini susulan pendekatan berhati-hati pelabur yang menjejaskan pasaran di tengah-tengah prestasi bercampur-campur bursa serantau, kata seorang penganalisis. 

3REN Kembangkan Operasi, R&D Dan Kukuh Kehadiran Pasaran Melalui IPO Akan Datang - MTDC

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) 3REN Bhd (3REN) akan membolehkan kumpulan itu mengembangkan operasi, meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan serta mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran utama, kata Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).