5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Selasa susulan aktiviti pembelian saham pada harga rendah menerusi saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi kukuh pasaran serantau.
5bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini sejajar dengan aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Pembaharuan struktur terus menyokong daya tahan Malaysia, memperkukuh disiplin fiskal, menarik pelaburan berkualiti tinggi dan meluaskan peluang ekonomi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
5bulan ago
KUALA LUMPUR,5 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan lagi pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga hari ini ketika sentimen pelabur terhadap aset berisiko pulih susulan kemungkinan negara maju itu menurunkan kadar faedahnya, kata ahli ekonomi.
5bulan ago
Oleh K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran di peringkat domestik dan paras inventori dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh peralihan meluas dalam jangkaan pasaran melibatkan dasar monetari Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US pada Isnin susulan laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah, seterusnya mempengaruhi jangkaan pasaran terhadap Rizab Persektuan (Fed) AS.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila pelabur mengambil keuntungan pada saham berwajaran tinggi terpilih, susulan kenaikan tinggi pada Jumaat.
5bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, diheret turun oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Tidak semua permintaan Amerika Syarikat (AS) melibatkan aspek perdagangan digital dan teknologi dipersetujui Malaysia semasa rundingan tarif timbal balik antara kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Langkah Malaysia tidak mengenakan sebarang sekatan eksport ke atas bekalan unsur nadir bumi/mineral kritikal kepada Amerika Syarikat (AS) tidak bermaksud negara memberikan hak eksklusif kepada AS bagi bekalan tersebut.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan mencatatkan penurunan susulan aktiviti jualan berterusan di kaunter-kaunter wajaran tinggi terpilih, walaupun terdapat sambutan positif terhadap pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) minggu lalu dan pengurangan tarif AS ke atas barangan Malaysia.