11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi, kata Kementerian Kewangan.
13hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori menaik minggu depan, disokong oleh prospek positif emas fizikal di London Bullion Market Association.
13hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum meningkat empat hari berturut-turut untuk ditutup tinggi pada hari terakhir minggu ini susulan peniaga terus berhati-hati terhadap dasar baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Donald Trump.
15hari ago
GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.2 peratus pada tahun ini berbanding anggaran 5.0 peratus pada 2024.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih, diheret turun terutamanya oleh kaunter perladangan.
15hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis bagaimanapun turun selepas itu disebabkan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih kerana pelabur kekal berada di luar pasaran kerana kekurangan petunjuk baharu, kata peniaga.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) berikutan pengumuman minit Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata seorang penganalisis.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut daripada kenaikan semalam untuk ditutup rendah hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan di tengah-tengah prestasi negatif bursa serantau lain.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjangka lebih banyak tumpuan akan diberikan kepada tarif dan dasar industri pada penggal kedua kepresidenan Donald Trump.
16hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit melantun semula daripada penurunannya baru-baru ini untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, kata penganalisis.
17hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang seterusnya hingga mendorong permintaan untuk dolar AS.