Terdapat 58 berita berdasarkan kata kunci carian " amerika latin"

MATRADE Komited Sokong Pengembangan Perniagaan SPP Tempatan Ke Rantau Berpotensi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terus komited menyokong pengembangan perniagaan syarikat peringkat pertengahan (SPP) tempatan ke rantau lain yang berpotensi termasuk Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.

Malaysia, Peru Komited Kepada Multilateralisme Bagi Tangani Cabaran Global, Serantau

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Peru menegaskan komitmen kukuh mereka terhadap multilateralisme, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai teras, serta berkongsi pandangan yang sama mengenai kepentingan memperkukuh institusi multilateralisme untuk menangani cabaran global dan serantau.

PM Anwar Bertemu Presiden Peru, Pemimpin Industri

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 13 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra di Istana Kerajaan Peru di sini pada hari kedua lawatan rasmi beliau ke negara Amerika Selatan itu.

PM Anwar Dijadual Terima Pingat El Sol Del Peru Dalam Lawatan Sulung Ke Amerika Latin - Duta 

LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan pingat tertinggi Peru, “El Sol del Peru” sebagai satu penghormatan tertinggi kepada ketua kerajaan semasa lawatan sulung beliau ke negara Amerika Latin sejak menggalas tanggungjawab berkenaan pada 2022. 

Malaysia, Mesir Punyai Peluang Akses Pasaran Ke ASEAN, Timur Tengah Dan Afrika - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Mesir mempunyai peluang untuk saling membantu mengakses pasaran masing-masing dengan Malaysia sebagai gerbang ke ekonomi ASEAN yang dinamik dan Mesir sebagai pintu masuk ke pasaran Timur Tengah dan Afrika. 

Belanjawan 2025: MITI Seru Syarikat Malaysia Teroka Peluang Di Ethiopia

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia diseru untuk meneroka peluang perniagaan baharu di Ethiopia, dengan mengambil kesempatan daripada peruntukan RM40 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

MATRADE Komited Perkukuh Perdagangan Luar Negara Melalui Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus menjadi agensi galakan eksport negara menerusi Belanjawan 2025 dengan membantu syarikat Malaysia untuk kekal kompetitif di pasaran luar.

Rafizi Akan Tekankan Isu Kritikal Selatan Global Di Sidang Kemuncak BRICS

PUTRAJAYA, 22 Okt (Bernama) -- Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan menekankan isu-isu kritikal bagi Selatan Global termasuk pembangunan mampan, reformasi sistem tadbir urus global serta situasi geopolitik yang semakin berkembang di Timur Tengah pada 24 Oktober ini di Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, Rusia.

Belanjawan 2025 Bakal Tingkat Keterangkuman Melalui Pengurusan Fiskal Berhemah - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 bakal meningkatkan keterangkuman, pengagihan kekayaan yang saksama serta menangani isu sosial melalui pertumbuhan ekonomi sambil memastikan kebajikan rakyat melalui pengurusan fiskal berhemah dan subsidi bersasar.

FGV Akan Laksanakan Pembaharuan, Inovasi Pastikan Hasil Kelapa Sawit Tidak Terjejas

SIK, 26 Sept (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) akan melaksanakan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan ladang bagi berdepan dengan situasi perubahan iklim yang menjejaskan hasil kelapa sawit.