6hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Maybank kekal bersedia menyokong pelanggan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi semasa dengan bantuan kewangan yang tersedia serta boleh diakses melalui pelbagai saluran.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) meneliti langkah mempelbagaikan sumber input bahan api, memperkukuh kerjasama dengan negara dagang utama serta memastikan keterjaminan bekalan negara dalam mendepani krisis tenaga global.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Keuntungan bersih Aeon Credit Service (M) Bhd, melonjak kepada RM385.88 juta dalam tahun kewangan berakhir 28 Feb 2026 berbanding RM370.61 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2025.
6hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir mendatar berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur terus berwaspada dalam persekitaran konflik yang berterusan di Asia Barat.
6hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah bagi hari keempat berturut-turut susulan pendirian pelabur yang lebih bertahan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat yang meruncing.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) memilih lima syarikat Malaysia iaitu Binastra Corporation Bhd, Eco-Shop Marketing Bhd, Kelington Group Bhd, LAC Med Bhd dan MR DIY Group (M) Bhd sebagai “Diamonds in the Rough” atau pilihan utama pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi 2026.
6hari ago
BANGI, 7 April (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh membolehkan negara mendepani dan mengharungi ketidaktentuan global termasuk konflik yang berpanjangan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Firdaos Rosli.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan pasaran terus menilai semula kesan konflik berpanjangan di Asia Barat.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) kekal optimis terhadap sektor pembinaan, disokong oleh permintaan berterusan untuk pusat-pusat data dan komitmen perbelanjaan modal yang berterusan daripada firma teknologi global sehingga 2026.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih untuk dibuka lebih tinggi pada Selasa, seiring kenaikan semalaman di Wall Street.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa, namun mengukuh berbanding mata wang utama lain, ketika sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tawaran pengambilalihan Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Bhd luput selepas gagal memenuhi syarat meraih lebih 50 peratus daripada saham undian, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).