22hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan berita bahawa gencatan senjata antara AS-Iran yang sepatutnya dijangka tamat hari ini telah dilanjutkan untuk membolehkan rundingan dengan Iran dimuktamadkan.
23hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS dan mata wang utama lain semasa mengakhiri dagangan pada Selasa walaupun Indeks Dolar AS mengukuh berikutan pelabur memantau rapi perkembangan semasa dan menjangka hasil rundingan yang sedang dijalankan antara Amerika Syarikat dan Iran.
23hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Prospek ringgit kekal teguh, disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dengan pasaran dijangka menguji semula ringgit pada paras 3.88 berbanding dolar AS, kata ahli ekonomi.
23hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Selasa apabila peserta pasaran dijangka memberi tumpuan terhadap rundingan gencatan senjata dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijadual berakhir pada Rabu.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi lebih lemah dalam pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, apabila dolar AS yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga di tengah-tengah konflik AS-Iran.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kekal dalam jajaran sempit apabila pasaran terus memantau rapat perkembangan di Asia Barat.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat, dengan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu dilihat sebagai antara cara untuk mengekalkan nilai modal.
26hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pembukaan semula Selat Hormuz dijangka memberi tekanan penurunan terhadap harga minyak global dalam tempoh terdekat dan meredakan segera kebimbangan bekalan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Market Education Dr Carmelo Ferlito.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Faktor luaran dijangka kekal dominan dalam mempengaruhi pergerakan ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka terus mendapat sokongan yang baik minggu depan, disokong oleh kebimbangan mengenai inflasi berikutan harga minyak diunjurkan kekal tinggi.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikannya berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh sentimen domestik yang lebih baik apabila pasaran menantikan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2026 pada tengah hari ini, berpotensi terus menyokong mata wang tempatan.
28hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2026 yang dijadualkan esok.