BERITA TERKINI   Empire Premium Food mula disenaraikan di Pasaran Utama pada RM1.10, naik 40 sen daripada harga IPO sebanyak 70 sen, dengan 26.40 juta saham diniagakan | 

Terdapat 2117 berita berdasarkan kata kunci carian " kontrak"

Tawaran Sunway Ambil Alih IJM Luput Selepas Gagal Raih Lebih 50 Peratus Saham Undian

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tawaran pengambilalihan Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Bhd luput selepas gagal memenuhi syarat meraih lebih 50 peratus daripada saham undian, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Weststar Group Tidak Terjejas Dengan Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Weststar Group tidak terjejas dengan konflik Asia Barat kerana telah keluar daripada operasi pengangkutan luar pesisir di rantau itu sejak akhir tahun lepas.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Meningkat

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini.

Unit Geohan Raih Subkontrak Sambungan Lebuhraya Pantai Baharu Bernilai RM103 Juta

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Geohan Corporation Bhd melalui anak syarikatnya, Geohan Sdn Bhd meraih dua pakej subkontrak bernilai keseluruhan RM103 juta bagi Projek Sambungan Lebuhraya Pantai Baharu (New Pantai Highway) daripada IJM Construction Sdn Bhd.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan susulan pasaran menjangkakan bank pusat kekal memperketat dasar berikutan peningkatan inflasi dipacu krisis tenaga global. 

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam pasaran tunai pendasar.

Niaga Hadapan MSM Diunjur Meningkat Minggu Depan Ketika Konflik Asia Barat

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur diniagakan tinggi minggu depan dalam persekitaran krisis yang berlarutan di Asia Barat, kata peniaga.

Unit PTT Synergy Meterai Perjanjian ASRS, Raih Kontrak RM31.68 Juta Daripada Sime Darby Property

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Anak syarikat 70 peratus milik tidak langsung PTT Synergy Group Bhd, PTT Robotics Sdn Bhd (PTTR) memeterai perjanjian sistem automasi gudang dengan Sime Darby Property Bhd dan Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Jangkaan Inventori Rendah Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, didorong jangkaan paras inventori yang lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.

N​​​​​​iaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat selepas dolar Amerika Syarikat menyusut menjelang pengumuman data ekonomi yang dijadualkan minggu depan. 

Sektor Minyak Sawit Malaysia Dalam Kedudukan Menguntungkan Di Sebalik Konflik Asia Barat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat menguntungkan sebagai salah satu pengeksport utama minyak sawit dunia, terus membekalkan minyak boleh dimakan kepada negara yang sedang bergelut dengan kenaikan harga makanan dan gangguan bekalan baja akibat penutupan Selat Hormuz.