Terdapat 3133 berita berdasarkan kata kunci carian " mengukuh"

Berhemah Guna Bahan Api, Bantu Lanjutkan Tempoh Penampan Tenaga -- Liew

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kalangan rakyat Malaysia digesa berhemah menggunakan bahan api dalam usaha melanjutkan lagi tempoh tenaga melangkaui Jun ini berikutan ketidaktentuan global yang dijangka berpanjangan.

Inisiatif Jaminan Pembiayaan RM5 Bilion Bantu Kekalkan Momentum Eksport PMKS - MATRADE

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Inisiatif jaminan pembiayaan oleh kerajaan berjumlah RM5 bilion bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka memberi rangsangan besar kepada sektor itu khususnya pengeksport.

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Tamat Tempoh Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Selasa apabila peserta pasaran dijangka memberi tumpuan terhadap rundingan gencatan senjata dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijadual berakhir pada Rabu.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai yang mengukuh.

Genting Malaysia, AGIBOT Meterai MoU Perkasa Robotik AI Dalam Sektor Hospitaliti Dan Hiburan

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan AGIBOT Innovation (Shanghai) Technology Co Ltd bagi memperkasa penggunaan robotik kecerdasan buatan (AI) fizikal dalam sektor hospitaliti, hiburan dan rekreasi.

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat, dengan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu dilihat sebagai antara cara untuk mengekalkan nilai modal.

Pasaran Getah Dijangka Lengang Dengan Cenderung Mendatar Dan Rendah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April  (Bernama) -- Pasaran getah dijangka lengang dengan cenderung untuk bergerak mendatar dan lebih rendah pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Faktor luaran dijangka kekal dominan dalam mempengaruhi pergerakan ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Ketidakpastian Geopolitik Pacu Peralihan Daripada Kecekapan Kepada Daya Tahan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Negara-negara sedang beralih daripada model ekonomi yang dipacu kecekapan kepada daya tahan berikutan ketidakpastian geopolitik yang semakin meningkat membentuk semula landskap ekonomi global termasuk strategi perdagangan dan pelaburan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Unjuran Kukuh KDNK

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini dengan meneruskan momentum kenaikan, dipacu sentimen positif berikutan pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang sekali gus mengukuhkan naratif permintaan domestik yang berdaya tahan.

Ringgit Terus Catat Kenaikan, Tumpuan Pada Anggaran Awal KDNK

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikannya berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh sentimen domestik yang lebih baik apabila pasaran menantikan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2026 pada tengah hari ini, berpotensi terus menyokong mata wang tempatan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Sedikit Lebih Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah yang terus menyokong sentimen pasaran, kata seorang peniaga.