BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | 

Terdapat 506 berita berdasarkan kata kunci carian " pemulihan "

Platform Globex CME Pulih, Dagangan Derivatif Disambung Isnin - Bursa Malaysia 

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd melakukan persediaan untuk menyambung semula semua dagangan derivatif pada 1 Disember mengikut waktu dagangan pasaran biasa.

PKFZ Raih Peningkatan Hasil Keseluruhan Lapan Peratus Setakat Oktober Lepas

KLANG, 28 Nov (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mencatat peningkatan hasil keseluruhan sebanyak lapan peratus setakat Oktober lepas berbanding pada 2024 sekali gus menunjukkan aktiviti perniagaan lebih rancak dan prestasi operasi yang kukuh, kata Pengerusinya Lim Lip Eng.

Inisiatif RKB Ubah Pengalaman PKS Dengan Kurangkan Birokrasi, Pertingkat Kecekapan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Malaysia sedang mengubah naratif bagi banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya mereka yang berada dalam industri aeroangkasa, sebelum ini terpaksa berhadapan dengan halangan birokrasi, antaranya mengambil masa terlalu lama untuk pemberian kelulusan, kertas kerja berulang dan kelewatan tidak dijangka.

Untung Bersih CIMB Group Suku Ketiga Naik Kepada RM2.08 Bilion, Umum Dividen Khas Tujuh Sen

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 meningkat kepada RM2.08 bilion daripada RM2.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Lebihan Akaun Perkhidmatan Petunjuk Pemulihan Ekonomi Lebih Kukuh - Perdasama

Oleh Thivyamalini Ramalu

PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) -- Pencapaian lebihan akaun perkhidmatan yang direkodkan kerajaan baru-baru ini menjadi petunjuk jelas bahawa ekonomi negara berada pada landasan pemulihan yang lebih stabil, kata Presiden Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Mohd Azamanizam Baharon.

Sarawak Kekal Destinasi Utama Bagi Pelabur Antarabangsa Dalam TBB - Abang Johari

KUCHING, 26 Nov (Bernama) -- Sarawak kekal sebagai destinasi utama bagi pelabur antarabangsa khususnya dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) selaras dengan usaha negeri ini untuk menjadi "kuasa tenaga” serantau dalam sektor berkenaan.

FBM KLCI Akan Capai Paras 1,700 Pada Akhir Tahun Jika Sektor Perbankan Positif - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd percaya FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) masih boleh mencapai paras 1,700 pada akhir tahun ini, jika terdapat pergerakan harga yang positif dalam sektor perbankan dan kaunter tertentu.

Pelabuhan Klang Kini Antara 10 Pelabuhan Kontena Utama Dunia

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu dengan kecenderungan menurun di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu di pasaran global, kata seorang penganalisis.

KKDW Sedang Sedia Kertas Kerja Program Tingkat Produktiviti Getah

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) sedang menyediakan kertas kerja berhubung pelaksanaan program peningkatan produktiviti getah yang bertujuan meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan kalangan pekebun kecil. 

Wasco Greenergy Sasar RM75 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd, yang dijadualkan untuk penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia berhasrat mengumpulkan RM75 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

Kerugian Pos Malaysia Berkurangan Kepada RM45.23 Juta Dalam Suku Ketiga

 KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM45.23 juta untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept 2025, mengurangkan kerugian bersih sebanyak RM49.89 juta pada suku yang sama tahun sebelum ini.