Terdapat 133 berita berdasarkan kata kunci carian " terkumpul"

Institusi Tempatan Kembali Raih Aliran Masuk Bersih RM222.9 Juta Minggu Lepas - MIDF

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan menamatkan jualan berterusan selama empat minggu di Bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih berjumlah RM222.9 juta minggu lepas, menjadikan belian bersih setakat ini pada tahun ini kepada RM7.9 bilion.

Untung Bersih Suku Pertama Sunway Meningkat Kepada RM190.55 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Sunway Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM190.55 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, peningkatan 11 peratus daripada RM172.22 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

IILM Terbit Semula Sukuk Jangka Pendek US$1.24 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula agregat US$1.24 bilion (US$1=RM4.318) sukuk jangka pendek masing-masing bagi tempoh satu, tiga, enam dan 12 bulan.

Bank Rakyat Terbit Sukuk Wakalah Senior Bernilai RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bank Rakyat berjaya menerbitkan RM1 bilion Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd.

Pasaran Kewangan Tempatan Kekal Berdaya Tahan Di Sebalik Ketidaktentuan Global - BNM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan dan terus menjadi pengantara dengan berkesan di sebalik ketidaktententuan global, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Pavilion Malaysia Di Expo 2025 Osaka Jadi Tumpuan Pengunjung, Fokus Perniagaan Strategik

KUALA LUMPUR, May 1 (Bernama) -- Pavilion Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran 1.5 juta pengunjung dan menjana peluang perdagangan dan pelaburan bernilai RM13 juta di Expo 2025 Osaka yang berlangsung dari 13 April hingga 13 Okt 2025, kata pengarahnya Ellyza Mastura Ahmad Hanipah. 

Affin Lancar Keistimewaan Baharu Kepada Pemegang Kad Premier

SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- Affin Group hari ini memperkenalkan keistimewaan eksklusif baharu kepada pemegang kad Affin Premier selain menawarkan pengalaman golf kelas pertama dalam persekitaran moden dan santai dengan kerjasama restoran La Casa Leal.

Inflasi Keseluruhan Turun Kepada 1.4 Peratus, Teras Stabil Pada Mac - BNM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia turun kepada 1.4 peratus pada Mac 2025 daripada 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

SIRIM Sedia Bantu Syarikat Kosmetik Malaysia Menerusi Inovasi, Penyelidikan

SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- SIRIM Bhd (SIRIM) melancarkan lima inovasi kosmetik yang sedia untuk memasuki pasaran, dengan setiap satu dilengkapi perlindungan harta intelek (IP), bagi pemain industri yang berminat.

NCER Catat Pelaburan Direalisasikan RM42.76 Bilion Di Pulau Pinang Pada 2024

GEORGE TOWN, 15 April (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia, dengan pelaburan direalisasikan bernilai RM42.76 bilion dan mewujudkan hampir 9,000 peluang pekerjaan pada 2024.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kembimbangan Terhadap Tarif Timbal Balik AS

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Wall Street dan dalam persekitaran pelabur bersikap berhati-hati terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini.

ASNB Lancar Kempen Labur Kasih Sayang Dan Filem Amanah Sulung

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) --  Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan kempen Labur Kasih Sayang serta filem raya berjudul Amanah Sulung yang disiarkan di platform media sosial ASNB.